MANIFESTASI EMOSI MELALUI METAFORA API: SATU REPRESENTASI PEMIKIRAN MELAYU EMOTION MANIFESTATION THROUGH THE METAPHOR OF FIRE: A REPRESENTATION OF MALAY THOUGHT

Main Article Content

Nor Hafuza Muhammad Arif
Maizura Osman
Hasmidar Hassan

Abstract

ABSTRAK


Metafora merupakan satu bentuk gaya bahasa yang digunakan atas tujuan-tujuan yang tertentu. Keupayaan individu mengasosiasikan alam sekeliling ke dalam penulisan atau pertuturan mereka dapat memanifestasikan emosi individu tersebut. Oleh sebab ungkapan bermetafora mempunyai maksud tersiratnya, maka kajian ini dijalankan bagi menginterpretasi maksud tersirat yang terkandung dalam metafora api yang merepresentasikan emosi orang Melayu dalam penulisan mereka. Apabila maksud yang diimplikasikan oleh ungkapan bermetafora itu dapat dicungkil, jenis-jenis emosi dan klasifikasi nilai linguistik yang dimanifestasikan oleh ungkapan bermetafora itu juga dapat diperincikan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif deskriptif dengan memanfaatkan data yang dijana daripada pangkalan data Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Bagi mencungkil maksud implisit tersebut, Teori Hibrid yang digagaskan oleh Tendahl (2009) dan diperkemas oleh Stöver (2010) yang dinamai Model Hibrid Baharu diterapkan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa orang Melayu begitu cenderung menggunakan api sebagai satu simbol untuk memanifestasikan emosi marah dibandingkan dengan emosi-emosi yang lain kerana kuat dipengaruhi oleh pegangan agama dan budaya. Hal ini sekali gus menunjukkan bahawa api lebih banyak digunakan dalam konteks yang negatif dalam ruang lingkup Melayu. Makalah ini juga memberikan pengetahuan tentang pengoperasian Model Proses Tiga Serangkai dengan lebih terperinci. Maka, kajian sebegini perlu dikembangkan lagi dengan meneliti penggunaan simbol ‘api’ dalam bahasa dan budaya yang berbeza yang pastinya akan memberikan dapatan yang lebih variasi.


Kata kunci: api; emosi; metafora; Model Hibrid Baharu; pemikiran Melayu


 


ABSTRACT


A metaphor is a form of figurative language used for a specific purpose.An individual’s ability to associate the surrounding world with their writing or communication can manifest their emotions. Because metaphorical expressions have implied meanings, this study is conducted to interpret the implied meanings contained in the metaphor based on the lexical fire, representing the emotions of Malays in writings. When the implied meaning can be extracted, the types of emotions and the classification of linguistic values manifested by the metaphor of fire can also be detailed. This descriptive qualitative study utilised data from the Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) corpus database. The Hybrid Theory proposed by Tendahl (2009) and reinforced by Stöver (2010), the New Hybrid Model, is applied to uncover the implicit meaning. Findings showed that Malays tend to use fire as a symbol to manifest anger more than other emotions, largely influenced by religious and cultural beliefs. Thus, according to Malay thought, it indicates that fire is predominantly used in a negative context. This paper also provided insights into the operation of the Triple Processing Model in greater detail. Studies like this could be further developed by examining the use of fire in different languages and cultures, yielding more diverse findings.


Keywords: fire; emotion; metaphor; New Hybrid Model; Malay thought.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Muhammad Arif, N. H., Osman, M., & Hassan, H. (2024). MANIFESTASI EMOSI MELALUI METAFORA API: SATU REPRESENTASI PEMIKIRAN MELAYU: EMOTION MANIFESTATION THROUGH THE METAPHOR OF FIRE: A REPRESENTATION OF MALAY THOUGHT. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 35(1), 1–17. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/51752
Section
Articles