KONSEPTOLOGI DALAM TERMINOLOGI MAKYUNG CONCEPTOLOGY IN MAKYUNG’S TERMINOLOGY

Main Article Content

Muhammad Saiful Haq Hussein
Noorhanisah Abdul Aziz
Puteri Roslina Abdul Wahid

Abstract

Makalah ini meneliti konsep sebagai aspek penting dalam memulakan kerja terminologi. Konseptologi merupakan cabang asas bagi Logik dan digabungkan dengan teori penamaan yang merupakan dua unsur penting Teori Umum Terminologi (TUT). Konseptologi dicirikan oleh penyelidikan tentang keadaan semula jadi, hubungan dan kedudukan konsep dalam sistem konsep. Dalam konteks tulisan ini, penulis menghuraikan klasifikasi dan sistem konsep yang mendasari kerja terminologi. Bidang yang dipilih ialah Makyung, iaitu seni persembahan drama tari yang menggunakan beberapa elemen seperti muzik, tarian, dan dialog. Penulis mendapati bahawa terdapat istilahistilah sinonim yang membawa satu konsep yang sama. Terdapat juga istilah yang bersifat hipotetikal (umum) dan istilah yang bersifat spesifik (khusus). Berdasarkan pemetaan konsep yang telah dibina, penulis telah menganalisis hubungan konsep berdasarkan kepada tiga jenis hubungan, iaitu hubungan logik, ontologi dan campuran. Hasil dapatan pengkaji menunjukkan bahawa kesemua konsep asas ini mempunyai hubungan logik yang memperlihatkan hubungan secara menegak dan mendatar. Pendekatan berasaskan kepada teori konsep perlu digalakkan supaya kajian mengenai budaya Melayu khasnya dapat dipertingkatkan bagi mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.


Kata kunci: terminologi, konseptologi, istilah, konsep, sistem konsep, makyung


This article explores concept as an important aspect in terminology. Conceptology is a branch of Logic, combined with the naming theorymaking up two important elements of the General Theory of Terminology (TUT). Conceptology is characterized by research on the nature of concept and concepts relationship in terminology. Within the context of this paper, the authors describe a classification system and the underlying concepts of terminology work in “makyungâ€, a performing arts dance drama that employs some elements such as music, dance, and dialogue. The authors found that there are synonymous terms that bring a similar concept. There are also terms that are hypothetical (general) and specific. Based on the concept mapping constructed, the authors have analyzed the relationship concept, namely the relationship of logic, ontology and combination of both. The findings suggest that all of these basic concepts have logical relationships that show vertical and horizontal relations. The approach is based on the theoretical concept which should be encouraged to study the terminology of Malay cultures and thus enhanced Malay as the language of science.


Keywords: terminology, conceptology, concepts, concept systems, makyung 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Hussein, M. S. H., Abdul Aziz, N., & Abdul Wahid, P. R. (2013). KONSEPTOLOGI DALAM TERMINOLOGI MAKYUNG: CONCEPTOLOGY IN MAKYUNG’S TERMINOLOGY. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 24(1), 158–185. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9630
Section
Articles