IDEA PANDANG KE JEPUN DALAM AKHBAR DAN MAJALAH SEMASA PERANG DUNIA KEDUA THE LOOK-TO-JAPAN IDEA IN NEWSPAPERS AND MAGAZINES DURING THE SECOND WORLD WAR

Main Article Content

Uqbah Iqbal
Nordin Hussin
Ahmad Ali Seman

Abstract

Kajian ini akan menganalisis sejarah pemikiran Pandang Ke Jepun dalam akhbar dan majalah di Tanah Melayu semasa era pendudukan Jepun tahun 1941-1945. Kaedah kajian yang digunakan adalah berdasarkan kaedah penelitian terhadap sumber-sumber yang diperolehi di perpustakaan dan Arkib Negara Malaysia. Pada masa ini bidang persuratkhabaran telah dikuasai oleh pentadbiran tentera Jepun atau Malayan Military Administration (MMA). Alat-alat sebaran am termasuklah akhbar dan majalah telah dijadikan alat propaganda oleh MMA. Tujuan utama mereka menguasai bidang persuratkhabaran adalah untuk mendapatkan sokongan rakyat dalam peperangan. Melalui akhbar dan majalah juga pemerintah ingin mendapatkan kerjasama dari penduduk dalam segala rancangan yang dilaksanakan. Semasa pendudukan Jepun, walaupun bidang persuratkhabaran Tanah Melayu telah dijadikan alat propaganda oleh pentadbiran tentera Jepun, wujudnya suatu pemikiran Pandang Ke Jepun yang melihat nilai-nilai Jepun menerusi pelbagai akhbar dan majalah terutamanya Malai Sinpo, Semangat Asia, Suara Timur dan Fajar Asia. Kajian ini akan mengupas idea Pandang Ke Jepun yang diutarakan oleh golongan intelektual dan nasionalis Melayu melalui kesemua akhbar dan majalah ini. Dari aspek kemasyarakatan masyarakat Melayu, pemikiran Pandang Ke Jepun pada masa ini tertumpu kepada bidang sosio-politik, budaya dan ekonomi. 


Kata Kunci: Fajar Asia, Malai Sinpo, Perang Dunia Kedua, Semangat Asia, Suara Timur


This study will analyze the Look-To-Japan idea in newspapers and magazines in Malaya during the Japanese occupation, 1941-1945. The method used in this study is based on the observation of the resources available at the library and the National Archives of Malaysia. During this time the field of journalism has been dominated by the Japanese administration or Malayan Military Administration (MMA). The mass media, including newspapers and magazines have been turned into a propaganda tool by the MMA. Their main purpose of dominating journalism is to get the people's support in the war. Through newspapers and magazines, the government also want to get the cooperation from people in all plans implemented. During the Japanese occupation of Malaya, even though the field of journalism has been turned into a propaganda tool by the Japanese administration, there was an existence of Look-To-Japan idea that saw Japanese values through various newspapers and magazines, especially Malai Sinpo, Semangat Asia, Suara Timur and Fajar Asia. This study will analyze the contents of the Look-To-Japan idea advocated by Malay intellectuals and nationalists through all the newspapers and magazines. In the Malay communit, the Look-ToJapan idea during this time focused on the socio-political, cultural and economic areas.


Keywords: Fajar Asia, Malai Sinpo, Second World War, Semangat Asia, Suara Timur

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Iqbal, U., Hussin, N., & Seman, A. A. (2013). IDEA PANDANG KE JEPUN DALAM AKHBAR DAN MAJALAH SEMASA PERANG DUNIA KEDUA: THE LOOK-TO-JAPAN IDEA IN NEWSPAPERS AND MAGAZINES DURING THE SECOND WORLD WAR. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 24(1), 186–247. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9631
Section
Articles