BUDAYA HEDONISME DALAM KALANGAN PELAJAR PASCASISWAZAH MELAYU CULTURE OF HEDONISM AMONG THE MALAYS GRADUATE STUDENTS

Main Article Content

Wan Rafaei Abdul Rahman
Nur Erina Norazlan

Abstract

Makalah ini akan melihat persepsi pelajar pascasiswazah terhadap
bentuk hedonisme yang terdapat di Malaysia. Kajian ini menggunakan
soal selidik teknik repertory grid dalam menilai persepsi responden
terhadap budaya hedonisme. Responden terdiri daripada pelajar
pascasiswazah di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Dapatan kajian menunjukkan pelajar pascasiswazah mempersepsikan
hedonisme sebagai menimbulkan keseronokan dan didorong oleh
pengaruh rakan sebaya. Bentuk-bentuk budaya hedonisme dipersepsikan
sebagai menimbulkan keseronokan dengan melayari internet, menonton
rancangan hiburan, bercuti dan membeli-belah. Manakala mengadakan
majlis mewah, bercuti, mengunjungi konsert, melepak dan mengunjungi
pusat hiburan adalah bentuk hedonisme yang dipersepsikan sebagai
pengaruh rakan sebaya. Menghisap dadah pula dipersepsikan oleh
responden kajian sebagai bentuk hedonisme yang tidak menimbulkan
keseronokan dan bukan disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. Hasil
kajian menunjukkan bahawa pelajar pascasiswazah Melayu ini
mempunyai banyak pilihan yang lebih sihat dan tidak membahayakan
diri sebagai sumber hiburan mereka dan dapatan kajian juga mendapati
mereka tidak memilih untuk terjebak dengan penyalahgunaan dadah
sebagai unsur hiburan mereka. Repertory grid telah dapat menunjukkan
gambaran budaya hedonisme di kalangan pascasiswazah Melayu.
Kata Kunci: Hedonisme, pascasiswazah Melayu, repertory grid, bentuk
hedonisme.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Abdul Rahman, W. R., & Norazlan, N. E. (2017). BUDAYA HEDONISME DALAM KALANGAN PELAJAR PASCASISWAZAH MELAYU: CULTURE OF HEDONISM AMONG THE MALAYS GRADUATE STUDENTS. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 27(1), 1–24. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9677
Section
Articles