SIMBOL TUMBUHAN DALAM PANTUN DARI PERSPEKTIF PUITIKA SASTERA MELAYU FLORA SYMBOLISM IN MALAY PANTUN FROM THE MALAY LITERATURE POETICS PERSPECTIVE

Main Article Content

Eizah Mat Hussain
Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali
Salinah Jaafar

Abstract

Pemikiran masyarakat Melayu yang kreatif dan halus tergambar dalam penciptaan pantun. Pencipta pantun akan menggunakan simbol-simbol yang hampir atau berada di sekeliling mereka. Pantun yang disampaikan mempunyai makna tersurat dan tersirat yang diungkap melalui penggunaan simbol-simbol tertentu dalam pantun. Salah satu simbol yang sering digunakan oleh masyarakat Melayu ialah simbol tumbuhan yang dekat dengan masyarakat Melayu. Penggunaan simbol tumbuhan dalam pantun merupakan unsur terpenting dalam binaan pantun. Satu daripada prinsip Estetika Pantun oleh Muhammad Haji Salleh, iaitu “kiasan dan saranan” digunakan untuk membincangkan simbol tumbuhan dalam pantun. Oleh yang demikian, objektif kertas kerja ini untuk melihat sejauh mana prinsip kiasan dan saranan sesuai diaplikasikan dalam menghuraikan makna tersirat daripada simbol tumbuhan dalam pantun. Bagi tujuan tersebut, buku Pantun Melayu Bingkisan Permata (2001) yang diselenggarakan oleh Harun Mat Piah terbitan Yayasan Karyawan telah dipilih sebagai bahan kajian dalam perbincangan ini. Keindahan dan keharmonian dalam tumbuhan telah diserap ke dalam pantun untuk menimbulkan nilai keindahan pantun. Simbol tumbuhan juga diungkapkan dalam pantun bertujuan memberikan “kiasan dan saranan” sama ada berkaitan dengan nasihat, percintaan, kekecewaan dan sebagainya yang dinyatakan secara simbolik oleh pemantun.


Kata kunci: simbolisme, pantun Melayu, simbol tumbuhan, prinsip estetika pantun, kiasan dan saranan.


The creativeness of Malay’s thought reflected in their pantun. In creating pantun, they normally use the closest symbols around them. Malay pantun usually denotes implicit and explicit meanings implied through certain usage of symbols. One of the most popular symbols used by Malay community is a flora symbolism. The symbol of flora is the important elements in creating pantun. Muhammad Haji Salleh quatrain aesthetic principles namely "figurative and recommendation" is the most suitable concept to analyse the symbolism of flora in Malay quatrain. Due to that, this article is to justify whether the figurative and recommendation principles are suitable to be applied in describing the implicit and explicit meanings of flora symbolism. For discussion, Pantun Melayu: Bingkisan Permata (2011) book organised by Harun Mat Piah and published by Yayasan Karyawan is chosen. The beauty and harmony of the flora have been absorbed into the pantun to create the beauty of the pantun. Flora symbolism in pantun also intended to provide "figurative and recommendation" related to engagement and marriage ceremony, medication, love, disappointment and others that is stated symbolically by the quatrain reciter.
Keywords: symbolisme, Malay pantun, flora symbolism, pantun aesthetic principles, figurative and recommendation.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Mat Hussain, E., Tengku Mohd Ali, T. I. M., & Jaafar, S. (2017). SIMBOL TUMBUHAN DALAM PANTUN DARI PERSPEKTIF PUITIKA SASTERA MELAYU: FLORA SYMBOLISM IN MALAY PANTUN FROM THE MALAY LITERATURE POETICS PERSPECTIVE. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 26(1), 235–255. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9702
Section
Articles