MAKNA SIMBOL-SIMBOL FIZIKAL DARIPADA KEARIFAN TEMPATAN DALAM CERITA NE’ BARUAKNG KULUP SASTERA LISAN DAYAK KANAYATN THE PHYSICAL MEANING OF SYMBOLS FROM LOCAL WISDOM IN THE STORY OF NE ' BARUAKNG KULUP DAYAK KANAYATN ORAL LITERARY

Main Article Content

Sesilia Seli
Mohamad Mokhtar Abu Hassan

Abstract

Kearifan tempatan komuniti Dayak Kanayatn boleh ditemui dalam berbagai-bagai aspek kehidupan mereka, di antaranya terdapat dalam cerita rakyat. Kearifan tempatan wujud dalam simbol-simbol tertentu yang berupa simbol fizikal dan simbol spiritual. Dengan demikian kajian ini akan meneliti makna simbol-simbol fizikal daripada kearifan tempatan yang terdapat dalam sastera lisan Ne’ Baruakng Kulup dari masyarakat Dayak Kanayatn. Melalui pendekatan hermeneutik, didapati ada enam klasifikasi makna, iaitu pertama, makna yang berhubung kait dengan kepercayaan warisan, kedua, makna yang berhubung kait dengan tradisi dan adat resam, ketiga makna yang berhubung kait dengan identiti, keempat makna yang berhubung kait dengan alam persekitaran, kelima makna yang berhubung kait dengan perilaku hidup bermasyarakat, dan keenam makna yang berhubung kait dengan kreativiti dan teknologi.
Kata kunci: makna, simbol fizikal, kearifan tempatan, Dayak Kanayatn

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Seli, S., & Abu Hassan, M. M. (2017). MAKNA SIMBOL-SIMBOL FIZIKAL DARIPADA KEARIFAN TEMPATAN DALAM CERITA NE’ BARUAKNG KULUP SASTERA LISAN DAYAK KANAYATN: THE PHYSICAL MEANING OF SYMBOLS FROM LOCAL WISDOM IN THE STORY OF NE ’ BARUAKNG KULUP DAYAK KANAYATN ORAL LITERARY. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 27(1), 70–105. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9745
Section
Articles