PENGARUH ISLAM DALAM PERKEMBANGAN INTELEKTUAL DI ALAM MELAYU ISLAMIC INFLUENCE OF INTELLECTUAL DEVELOPMENT IN MALAY ARCHIPELAGO

Main Article Content

Mohd Zahirwan Halim Zainal Abidin
Muhammad Yusri Yusof @ Salleh
Paiz Hassan
Hamdi Rahman Mohd Yaacob
Shahril Nizam Zulkipli
Ab. Munir Md. Noh

Abstract

Kedatangan Islam ke alam Melayu sememangnya mendatangkan kesan yang positif dalam lapangan kehidupan masyarakatnya dalam pelbagai konteks. Objektif penulisan ini ialah untuk melihat perkembangan keilmuan, pendidikan dan intelektual dalam masyarakat Melayu yang telah memberikan anjakan dalam mengubah kehidupan orang Melayu selepas kedatangan Islam. Kajian ini menggunakan metode kajian perpustakaan sepenuhnya. Hasil daripada kajian ini telah menunjukkan bahawa kedatangan Islam telah memberikan satu impak yang besar dalam lapangan ilmu dan keintelektualan orang Melayu. Antaranya minda masyarakat telah berubah, lahir ulama-ulama Melayu yang masyhur, banyak penulisan-penulisan dihasilkan serta tertubuhnya institusi pendidikan seperti pondok dan madrasah di Tanah Melayu. Sememangnya, kedatangan Islam telah mengubah kehidupan orang Melayu sehingga orang Melayu berupaya membina tamadun Melayu-Islam sesuai dengan ajaran Islam yang praktikal dan universal.



Kata kunci: Islam, alam Melayu, ilmu, ulama, institusi pendidikan.


The arrival of Islam in Malay archipelago brings a positive impact on Malay socio-culture and customs practices. The main objectives of this paper is to analyze on the development of scientific culture, logical thinking and intellectual discourse among Malay scholars which transform their social live and culture. This study used a library research as a methodology which is based on secondary data such as books, journal, reports and theses. The major finding of this paper is Islam has given massive effects on developing knowledge and intellectuality among Malays society. These effects include the changing Malay world view, the emergence of Malay scholars known as ulama and the establishment of Islamic institution such as pondok, pesantren and madrasah in Malay Peninsula. As a conclusion, this paper had identified that the arrival of Islam uphold the Malay people and help them to establish a sustainable civilization in south East Asia known as Malay Muslim Civilization.



Keywords: Islam, Malay archipelago, knowledge, ulama, education institution.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Zainal Abidin, M. Z. H., Yusof @ Salleh, M. Y., Hassan, P., Mohd Yaacob, H. R., Zulkipli, S. N., & Md. Noh, A. M. (2014). PENGARUH ISLAM DALAM PERKEMBANGAN INTELEKTUAL DI ALAM MELAYU: ISLAMIC INFLUENCE OF INTELLECTUAL DEVELOPMENT IN MALAY ARCHIPELAGO. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 25(1), 102–116. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9759
Section
Articles