Kepentingan Simbol Salib dalam Tradisi Teologi Agama Kristian

Main Article Content

Muhammad Syahmi Farhan Ab Majid Indriaty Ismail

Abstract

Simbol salib di anggap sebagai simbol yang penting dan signifikan dalam agama Kristian. Ini kerana, menurut kepercayaan Kristian di sebalik simbol salib tersirat makna teologi yang dapat memberi impak kepada spiritual serta kehidupan mereka. Justeru, kajian ini membincangkan apakah konsep simbol salib dalam agama Kristian dan mengenal pasti hubungannya dengan doktrin penebusan dosa serta penyelamatan. Maklumat yang diperolehi adalah secara kualitatif iaitu melalui kaedah reka bentuk analisis kandungan yang melibatkan bahan bacaan seperti buku-buku, jurnal, artikel, tesis dan kertas kerja. Kajian mendapati bahawa dari perspektif agama Kristian, simbol salib memiliki makna serta konsep teologi iaitu sebagai lambang pengorbanan, kejayaan, kasih sayang dari Tuhan, pendamaian dan penyelamatan. Dalam tradisi teologi Kristian, konsep-konsep tersebut dikenali sebagai teologi salib. Selain itu, simbol salib mempunyai kaitan yang rapat dan merupakan tulang belakang bagi doktrin penebusan dosa serta penyelamatan. Sarjana-sarjana Kristian berpandangan bahawa kematian Jesus Christ di atas tiang salib merupakan salah satu daripada rancangan Tuhan untuk menebus dosa serta menyelamatkan manusia. Senario ini menunjukkan bahawa tanpa salib atau peristiwa penyaliban, maka sudah pasti kedua-dua doktrin tersebut tidak dapat dilaksanakan, malah agama Kristian itu sendiri mungkin tidak akan wujud sebagaimana yang terlihat pada hari ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
AB MAJID, Muhammad Syahmi Farhan; ISMAIL, Indriaty. Kepentingan Simbol Salib dalam Tradisi Teologi Agama Kristian. Jurnal Usuluddin, [S.l.], v. 46, n. 1, p. 1-22, june 2018. ISSN 0128-0708. Available at: <https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/12990>. Date accessed: 09 dec. 2019. doi: https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol46no1.1.
Section
Articles