Ancaman Ular: Signifikan dan Teknik Kawalan Menurut Perspektif Fiqh al-Ḥadīth

Main Article Content

Mohd Farhan Md Ariffin Muhammad Adam Abd. Azid Ahmad Za‘im Sabirin Mohd Yusoff

Abstract

Ular merupakan haiwan yang amat digeruni. Dalam kalangan masyarakat Malaysia, ular dianggap sebagai musuh yang boleh menyebabkan kematian. Buktinya, saban tahun pasti terdapat korban akibat patukan ular. Oleh itu, kaedah pencegahan awal dalam bentuk ilmu pengetahuan amat penting dalam rangka memahami konsep “interaksi dengan haiwan” dengan baik sekaligus mengelakkan sebarang konflik mendatang. Signifikannya, Nabi SAW telah membincangkan mengenai bahaya dan ancaman kelompok haiwan tertentu termasuk ular dalam himpunan sabdanya. Justeru, makalah ini berusaha mengupas fiqh al-ḥadīth berkenaan ular yang boleh didapati daripada perbincangan ulama’. Ini penting bagi memberi panduan kepada masyarakat akan mudarat yang mampu dihadirkan haiwan tertentu dan teknik kawalan paling berkesan menurut al-Sunnah tanpa meminggirkan hak-hak eksklusif haiwan.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
MD ARIFFIN, Mohd Farhan; ABD. AZID, Muhammad Adam; MOHD YUSOFF, Ahmad Za‘im Sabirin. Ancaman Ular: Signifikan dan Teknik Kawalan Menurut Perspektif Fiqh al-Ḥadīth. Jurnal Usuluddin, [S.l.], v. 46, n. 1, p. 45-70, june 2018. ISSN 0128-0708. Available at: <https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/12992>. Date accessed: 08 dec. 2019. doi: https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol46no1.3.
Section
Articles