Hadith-hadith Masyhur Berkaitan Al-Faḍā’il: Kajian Kefahaman dan Pengamalannya dalam Kalangan Guru-guru Pendidikan Islam di Pasir Gudang, Johor

Main Article Content

Mohd Shukri Mohd Senin Faisal Ahmad Shah

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui bagaimanakah tahap kefahaman dan pengetahuan guru-guru pendidikan Islam khususnya di Negeri Johor serta pengamalan mereka berkaitan hadis-hadis fadilat. Data yang diperlukan diperolehi melalui instrumen borang soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22. Sampel kajian ataupun responden yang terlibat di dalam kajian ini adalah seramai 291 orang yang dipilih secara rawak. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan ujian statistik deskriptif yang merangkumi kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai serta dijalankan juga ujian perbandingan min bagi melihat perbezaan min dan kewujudan perbezaan yang signifikan berkaitan tahap kefahaman dan pengamalan di kalangan sampel kajian. Hasil kajian mendapati tahap kefahaman guru-guru pendidikan Islam di daerah Pasir Gudang, Johor berkaitan hadith-hadith fadilat adalah berada di tahap sederhana tinggi dengan nilai skor min 3.89 manakala tahap pengamalan mereka pula secara keseluruhannya juga berada di tahap sederhana tinggi dengan nilai skor min 3.34.


 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
MOHD SENIN, Mohd Shukri; AHMAD SHAH, Faisal. Hadith-hadith Masyhur Berkaitan Al-Faḍā’il: Kajian Kefahaman dan Pengamalannya dalam Kalangan Guru-guru Pendidikan Islam di Pasir Gudang, Johor. Jurnal Usuluddin, [S.l.], v. 46, n. 2, p. 27-66, dec. 2018. ISSN 0128-0708. Available at: <https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/15646>. Date accessed: 23 july 2019. doi: https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol46no2.2.
Section
Articles