Pengurusan Mualaf di Malaysia: Kerjasama Dinamik Antara Agensi Kerajaan dan Bukan Kerajaan

Main Article Content

Siti Adibah Abu Bakar
Siti Zubaidah Ismail

Abstract

Pengurusan mualaf di Malaysia bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng memandangkan terdapatnya peningkatan jumlah mualaf saban tahun. Di peringkat negeri, agensi kerajaan yang berautoriti dalam mentadbir hal ehwal mualaf adalah pihak Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri. Di samping itu, wujud juga beberapa agensi bukan kerajaan (NGO) yang turut ditubuhkan bagi menjalankan fungsi-fungsi berkaitan mualaf. Persoalannya, apakah fungsi atau peranan yang dimainkan oleh kedua-dua agensi di setiap negeri dan sejauhmanakah penggemblengan tenaga disusun bagi menjalankannya. Objektif utama artikel ini adalah untuk mengkaji hubungan kerjasama yang terjalin antara kedua-dua agensi dalam memenuhi keperluan spiritual dan material mualaf di Malaysia. Metode yang digunakan dalam kajian ini adalah metode dokumentasi dan temubual. Analisis data menunjukkan bahawa terdapat suatu jaringan kerjasama telah dibentuk antara agensi berkenaan sama ada pada sebahagian mahupun keseluruhan aspek; iaitu pada pengislaman dan pendaftaran, pendidikan, program bersama, ziarah dan kebajikan, dana serta permesyuaratan. Justeru, pada akhir artikel ini dicadangkan beberapa saranan bagi menambah baik kerjasama dan sistem pengurusan yang telah sedia ada.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Abu Bakar, S. A., & Ismail, S. Z. (2018). Pengurusan Mualaf di Malaysia: Kerjasama Dinamik Antara Agensi Kerajaan dan Bukan Kerajaan. Jurnal Usuluddin, 46(2), 97–122. https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol46no2.4
Section
Articles