Kaedah Taḥrīrāt al-Ḍabbā‘: Analisis Terhadap Faktor dan Pendekatan Pemilihan Kaedah Bacaan Uṣūl dalam Taḥrīrāt Matn al-Shāṭibiyyah

Main Article Content

Wan Muhammad Hafizuddin Wan Abdul Halim Sedek Ariffin Abdollatif Ahmadi Ramchahi

Abstract

Abstrak


Taḥrῑrāt Matn al-Shāṭibiyyah adalah satu proses penelitian oleh para sarjana Ilmu Qirā’āt terhadap kaedah-kaedah bacaan yang terdapat dalam Matn al-Shāṭibiyyah. Jika dilihat kepada beberapa karya Taḥrῑrāt al-Shāṭibiyyah, khususnya taḥrῑrāt oleh ‘Alī bin Muḥammad al-Ḍabbā‘ menerusi karyanya Mukhtaṣar Bulūgh al-Umniyyah, terdapat kaedah bacaan pada beberapa kalimah uṣūl qirā’āt bercanggah dengan kaedah bacaan dalam Matn al-Shāṭibiyyah. Penulisan ini bertujuan menganalisis kalimah-kalimah yang mempunyai percanggahan bagi melihat faktor yang mempengaruhi Taḥrῑrāt al-Ḍabbā‘ dalam pemilihan kaedah bacaan dari sudut status kedudukan ṭarīq (jalur) periwayatan kalimah-kalimah tersebut dalam Matn al-Shāṭibiyyah dan kitab asalnya iaitu al-Taysīr karya Abū ‘Amr al-Dānī. Kajian ini juga cuba mengenalpasti pendekatan Taḥrῑrāt al-Ḍabbā‘ dalam menjustifikasikan percanggahan kalimah-kalimah tersebut, sama ada berpendekatan berpegang secara keseluruhan atau sebahagian fakta-fakta daripada al-Taysīr, al-Nashr dan karya-karya syarahan Matn al-Shāṭibiyyah. Metodologi kajian ini melibatkan proses pengumpulan data berkait status kedudukan ṭarīq periwayatan setiap kalimah yang dikumpulkan daripada tiga sumber iaitu karya al-Taysīr, al-Nashr dan karya-karya syarahan Matn al-Shāṭibiyyah. Hasil kajian mendapati tiga faktor, iaitu Taḥrῑrāt al-Ḍabbā‘ menolak kaedah bacaan yang lemah, berbeza dari ṭarīq Matn al-Shāṭibiyyah dan berbeza dari ṭarīq al-Taysīr. Kajian juga mendapati lima pendekatan yang digunakan melibatkan sandaran fakta daripada karya-karya utama iaitu al-Taysīr, al-Nashr dan karya-karya syarahan Matn al-Shāṭibiyyah. Penulisan ini secara langsung memperlihatkan kualiti kaedah bacaan dalam Taḥrῑrāt al-Ḍabbā‘ dan diharapkan memberi impak sebagai data yang menyokong penggunaan taḥrῑrāt al-Shāṭibiyyah dalam pembacaan qirā’āt.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
WAN ABDUL HALIM, Wan Muhammad Hafizuddin; ARIFFIN, Sedek; AHMADI RAMCHAHI, Abdollatif. Kaedah Taḥrīrāt al-Ḍabbā‘: Analisis Terhadap Faktor dan Pendekatan Pemilihan Kaedah Bacaan Uṣūl dalam Taḥrīrāt Matn al-Shāṭibiyyah. Jurnal Usuluddin, [S.l.], v. 47, n. 1, p. 67-96, june 2019. ISSN 0128-0708. Available at: <https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/18497>. Date accessed: 21 nov. 2019. doi: https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol47no1.3.
Section
Articles