Perbincangan Bibliometrik 12 Tahun Penerbitan Jurnal Usuluddin (2000-2011)

Main Article Content

Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid

Abstract

Artikel ini membincangkan penerbitan Jurnal Usuluddin selama 12 tahun, bermula pada tahun 2000-2011. Secara umumnya artikel ini mengandungi dua bahagian, yang pertama adalah berkaitan sejarah penerbitan jurnal di Universiti Malaya dan juga penerbitan jurnal di Akademi Pengajian Islam, UM dengan diikuti sejarah ringkas penerbitan Jurnal Usuluddin. Bahagian kedua membincangkan data-data berkaitan dengan penerbitan Jurnal Usuluddin secara bibliometrik. Antara perkara yang dianalisis ialah pola penulisan, institusi penulis, kekerapan penulisan, gander penulis serta bahasa artikel yang digunakan. Dari data-data yang diperolehi menunjukkan sepanjang tempoh penerbitan selama 12 tahun tersebut, Jurnal Usuluddin telah mengorak langkah ke hadapan untuk menjadikan ianya sebuah jurnal yang berwibawa dan antarabangsa. Usaha-usaha pembaharuan sentiasa berkembang bagi memperlengkapkan bidang kajian keilmuan Islam khususnya yang terkandung di dalam disiplin ilmu Usuluddin seperti Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah, Akidah, Falsafah, Dakwah, Pembangunan Ummah, Kepimpinan, Sejarah, Tamadun dan Peradaban Islam.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Abdul Hamid, F. @ A. F. (2019). Perbincangan Bibliometrik 12 Tahun Penerbitan Jurnal Usuluddin (2000-2011). Jurnal Usuluddin, 47(1), 97–122. https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol47no1.4
Section
Articles