Keunikan Wacana Qur’ani dalam Penggunaan Bilangan

Main Article Content

Mat Taib Pa
Mohd Zaki Abd Rahman
Mohamad Hussin

Abstract

Makalah ini membincangkan mengenai keunikan wacana Qur’ani dari sudut penggunaan bilangan. Hal ini adalah penting untuk dibincangkan kerana penggunaan bilangan dalam al-Quran al-Karim adalah unik dan kadang-kadang agak berbeza atau tidak selari dengan kaedah dan rumus biasa nahu bahasa Arab. Keunikan ini memberi kesan kepada makna dan maksud yang ingin disampaikan secara tidak langsung tetapi mempunyai maksud tersirat dan pengajaran tertentu. Kajian ini mendapati bahawa bilangan dalam al-Quran al-Karim digunakan dengan dua maksud umum. Pertamanya maksud bilangan berkenaan sama ada secara langsung atau tidak langsung yang dilihat dari aspek dan konteks tertentu yang difokuskan. Keduanya maksud balaghah tertentu, seperti sedikit, kecil, besar, kehinaan, keagungan, penghormatan, melebih-lebihkan, personal, baik, buruk dan sebagainya.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Pa, M. T., Abd Rahman, M. Z., & Hussin, M. (2019). Keunikan Wacana Qur’ani dalam Penggunaan Bilangan. Jurnal Usuluddin, 47(2), 45–64. https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol47no2.2
Section
Articles