Prognosis Masyarakat Muslim Terhadap Paradigma Pengubatan Islam di Malaysia

Main Article Content

Khadher Ahmad Muhammad Ikhlas Rosele Mohd Farhan Md Ariffin

Abstract

Pengubatan Islam merupakan kaedah penyembuhan penyakit berdasarkan hukum syarak oleh orang yang mahir dengan kaedah rawatan yang dilakukan semata-mata kerana Allah SWT. Bagi majoriti negara Muslim, subjek adalah metode yang popular dalam penjagaan kesihatan. Walau bagaimanapun, belum wujud sebarang bentuk program kesihatan berbentuk praktik rawatan dan pencegahan penyakit berasaskan pengubatan Islam secara komprehensif di mana-mana negara sehingga kini. Ini membuktikan pengubatan Islam belum mampu untuk tampil sebaris dengan model kesihatan bawaan Barat. Demikian bagi menilai potensi jalinan integrasi antara pengubatan Islam dan moden di Malaysia, artikel ini memfokuskan persepsi masyarakat Muslim berkenaan prospek masa depan pengubatan Islam yang didapati hasil daripada analisis borang soal selidik. Para responden terdiri daripada 379 orang pesakit yang mengunjungi sejumlah 70 buah pusat pengubatan Islam di Malaysia. Hasil kajian mendapati persepsi tahap tinggi ditunjukkan responden terhadap prospek pengubatan Islam. Hal ini menunjukkan kepekaan populasi kajian terhadap kewujudan, peranan dan kepentingan pengubatan Islam di Malaysia. Kombinasi bersama pengubatan Islam dengan sistem perubatan moden dijangka mampu direalisasikan, termasuk mewujudkan satu kurikulum pengubatan yang lebih berautoriti. Rumusan kajian ini berguna sebagai panduan dalam memahami kehendak masyarakat dalam memacu hala tuju pengubatan Islam di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
AHMAD, Khadher; ROSELE, Muhammad Ikhlas; MD ARIFFIN, Mohd Farhan. Prognosis Masyarakat Muslim Terhadap Paradigma Pengubatan Islam di Malaysia. Jurnal Usuluddin, [S.l.], v. 47, n. 2, p. 115-130, dec. 2019. ISSN 0128-0708. Available at: <https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/21443>. Date accessed: 30 mar. 2020. doi: https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol47no2.5.
Section
Articles