Manhaj Rabbani oleh Sa‘Īd Hawwā dalam Pembangunan Modal Insan: Tumpuan Kepada Karya Al-Asās fī al-Tafsīr

Main Article Content

Muhamad Alihanafiah Norasid

Abstract

Antara tokoh mufasir tersohor pada abad ke-20 Masihi yang tidak lekang menebarkan sumbangsih dan mencurahkan ilmu bagi pembangunan modal insan di samping berjihad di jalan Allah SWT ialah Sa‘īd Ḥawwā. Beliau sememangnya dikenali sebagai tokoh murabbi yang sinonim dengan idea rabbani lantaran cetusan pemikiran beliau mengenai pembentukan harakah iḥyā’ al-rabbāniyyah. Manhaj rabbani yang diketengahkan oleh beliau merupakan satu sistem latihan bagi membangunkan modal insan ke arah menyelami dan menjiwai hubungan manusia dengan Allah SWT dengan menggariskan beberapa elemen penting pembangunan, iaitu elemen thaqāfī, elemen rūḥī, dan elemen da‘āwī ḥarakī. Justeru, artikel ini akan mengupas elemen-elemen tersebut yang menjadi batu asas kepada kerangka manhaj rabbani menerusi analisis pentafsiran ayat-ayat al-Qur’an yang berkaitan di dalam karya tafsir Sa‘īd Ḥawwā, Al-Asās fī al-Tafsīr bagi memaparkan model pembangunan modal insan terunggul yang distruktur oleh beliau.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Norasid, M. A. (2011). Manhaj Rabbani oleh Sa‘Īd Hawwā dalam Pembangunan Modal Insan: Tumpuan Kepada Karya Al-Asās fī al-Tafsīr. Jurnal Usuluddin, 33, 89–112. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/7428
Section
Articles