Isra'iliyyat Kajian Kefahaman Guru-guru Pendidikan Islam di Sekolah-sekolah Menengah Zon Keramat, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Main Article Content

Bazliah Naziri
Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff

Abstract

Kajian ini mengkaji kefahaman isra'rliyyat di kalangan Guruguru Pendidikan Islam (GPD di sekolah-sekolah menengah Zon Keramat yang merupakan sampel bagi mewakili keseluruhan populasi Guru-guru Pendidikan Islam (GPI) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Objektif kajian ini adalah untuk mengukur kefahaman isra'lliyydt di kalangan GPI, mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kefahaman isra'iliyyat di samping untuk mengenalpasti hubungan kefahaman Isra'iliyyat dengan penerapanunsur-unsur Isra'iliyyat  dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Metodologi kajian yang dijalankan adalah secara pengumpulan maklumat melalui kajian lapangan. Seramai 128 responden yang terdiri daripada Guru-guru Pendidikan Islam (GPD daripada22btah sekolah menengah ZonKerumat telah disoal-selidik yang merupakan sampel bagi mewaklli28.25% daripada keseluruhan populasi GPI di Kuala Lumpur. Data-data hasil dapatan seterusnya dianalisa secara deskriptif frekuensi dan signifikan hubungan melalui ujian 'chi-square' bagi mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kefahaman dan kecenderungan penerapan unsur-unsur isra' rliyyat dalam pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian mendapati bahawa hanya 32.8% di kalangan GPI yang memahami tentang isra'iliyyat. Kesan daipada kurangnya kefahaman tentang isra'iliyyat dan telah mempengaruhi penerapan unsur-unsur isra'iliyyat dalam pengajaran dan pembelajaran kepada para pelajar di sekolah. Unsur-unsur isra'iliyyat dikenalpasti daripada pengetahuan sedia ada guru itu sendiri yang tidak disedari, silibus mata pelajaran Pendidikan Islam mahupun penerapan unsur-unsur isra'iliyyat yang tidak disedari daripada kitab-kitab tafsir yang dirujuk. Oleh itu, penerapan kefahaman isra'iliyyat di kalangan GPI adalah sangat penting kerana ia mempengaruhi kefahaman kepada para pelajar di sekolah di mana ia perlu ditangani dengan sewajarnya 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Naziri, B., & Mohd Yusoff, M. Y. @ Z. (2011). Isra’iliyyat Kajian Kefahaman Guru-guru Pendidikan Islam di Sekolah-sekolah Menengah Zon Keramat, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Jurnal Usuluddin, 34, 1–19. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/7433
Section
Articles