Tinjauan Mengenai Unsur Islam dalam Kehidupan Intelektual Rusia Berasaskan Bahan Kajian Para Orientalis Terpilih

Main Article Content

Wan Jamaluddin, Z.

Abstract

Rusia moden telah mencapai kecemerlangan dalam sains dan teknologi dengan bersumberkan beberapa tradisi intelektual hebat dunia, termasuk daripada peradaban Greek dan Byzantium, tetapi tidak ketinggalan juga peradaban Islam. Hasil pemikiran dan karya beberapa sarjana dan ahli sains Muslim klasik telah dipergunakan oleh sebilangan pengkaji bangsa Rusia. Sehubungan itu, makalah ini meneliti, antara lain, sumbangan al-Ṭabarī, alMaqdisī, al-Idrīsī, al-Mas‘ūdī, ibn Khurdādbih, ibn Ḥawqal, ibn Faḍlān dan ibn Baṭūtah ke atas peradaban Rusia dalam bidang sejarah, antropologi dan seumpamanya, selain sumbangan al-Bitrūjī, Ulugh Beg, ibn Mājid, Naṣīr al-Dīn al-Ṭūsī dan al-Bīrūnī dalam bidang astronomi, fizik, matematik, sains tulen dan seumpamanya. Akhirnya, makalah ini mendapati interaksi peradaban Islam dengan Rusia adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan. Ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada ummah Islam kini agar tidak mengabaikan tradisi intelektual silam mereka.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Jamaluddin, Z., W. (2012). Tinjauan Mengenai Unsur Islam dalam Kehidupan Intelektual Rusia Berasaskan Bahan Kajian Para Orientalis Terpilih. Jurnal Usuluddin, 35, 61–80. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/7447
Section
Articles