Persoalan Mutashābihāt Mengenai Istiwā’

Main Article Content

Muhammad Rashidi Wahab
Syed Hadzrullathfi Syed Omar

Abstract

Persoalan mutashābihāt termasuk isu tafsiran lafaz istiwā’ terus menjadi perdebatan, sehingga masih ada dalam kalangan umat Islam yang tersalah faham. Makalah ini membentangkan tafsiran majoriti ulama untuk panduan keseluruhan umat. Bagi tujuan itu, makalah ini menggunakan kaedah analisis dokumen untuk meneliti kenyataan dan penjelasan ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jamā‘ah dalam isu berkenaan bagi mengenal pasti sama ada mereka berpegang dengan kenyataan Allah SWT itu bertempat atau Allah SWT tidak bertempat. Penelitian mendapati bahawa ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jamā‘ah berpegang dengan pegangan Allah SWT tidak berhajat kepada tempat seperti makhluk-Nya. Selain itu, didapati hujah pendukung aliran Allah SWT bertempat berdasarkan Ḥadīth Jāriyyah bukan suatu hujah yang kukuh dalam mempertahankan pegangan mereka. Makalah juga mendapati bahawa metode tafwīḍ dan takwil merupakan pendekatan yang disepakati penggunaannya oleh Salaf dan Khalaf dalam berinteraksi dengan nas-nas sifat mutashābihāt.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Wahab, M. R., & Syed Omar, S. H. (2014). Persoalan Mutashābihāt Mengenai Istiwā’. Jurnal Usuluddin, 39, 33–70. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/7472
Section
Articles