Pelayaran Cheng Ho Terhadap Pertukangan Cina pada Bangunan Masjid di Nusantara pada Abad Ke-15M

Main Article Content

Syaimak Ismail
Abdullah Yusof
Wan Nurhafizah Mohd Shukri
Nabilah Mohd Razif

Abstract

Makalah ini menilai pengaruh dan kesan pertukangan Cina yang terdapat di Nusantara terutamanya yang dilihat di Jawa dan Melaka. Pengaruh ini bersandarkan kepada pelayaran Cheng Ho yang berlaku sekitar abad ke- 15 M, telah membawa bersama keunikan reka bentuk dan seni bina Cina ke Nusantara. Berdasarkan kajian sejarah, Cheng Ho telah menjadikan pelayaran sebagai tunjang utama untuk mengukuhkan hubungan diplomatik di antara negara China dan negara yang dikunjungi oleh beliau. Hubungan ini dipanjangkan lagi dengan pertukaran budaya yang memberi manfaat kepada kedua belah pihak. Selain menjalankan usaha dakwah di setiap tempat yang dikunjungi, beliau tidak lupa untuk membangunkan masjid bagi kegunaan masyarakat tempatan. Hasil daripada hubungan yang terjalin telah memperlihatkan kekuatan hubungan diplomatik dan pertukaran budaya yang memberi impak positif kepada negara kunjungan.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Ismail, S., Yusof, A., Mohd Shukri, W. N., & Mohd Razif, N. (2015). Pelayaran Cheng Ho Terhadap Pertukangan Cina pada Bangunan Masjid di Nusantara pada Abad Ke-15M. Jurnal Usuluddin, 41, 125–146. https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol41no1.6
Section
Articles