Sumbangan Wahbah al-Zuḥaylī dalam Ilmu Tafsir al-Quran: Tinjauan Terhadap Karya al-Tafsīr al-Munīr fī al-‘Aqīdah wa al-Sharī‘ah wa al-Manhaj

Main Article Content

Mahyudin Daud Ahmad Najib Abdullah

Abstract

Wahbah al-Zuḥaylī antara ulama kontemporari yang menghasilkan beberapa buah karya di dalam tafsir al-Quran. Karya al-Tafsīr al-Munīr adalah yang paling menonjol dimana beliau menyematkan semua perbahasan ilmiah yang diperlukan bagi pentafsiran sesuatu ayat. Karya tersebut dianggap di antara karya tafsir yang paling baik pernah dihasilkan pada abad ke-20 kerana mempersembahkan pentafsiran yang mudah, teratur, lengkap dan sesuai dengan realiti manusia zaman moden sehingga karya beliau mendapat tempat yang istimewa dalam kalangan umat Islam. Kajian yang dilakukan ini bertujuan untuk mengkaji dan menganalisis sumbangan pengarang dalam ilmu pentafsiran al-Quran secara ilmiah. Kajian ini adalah kajian perpustakaan. Kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah metode penyelidikan perpustakaan, dokumentasi dan pensejarahan. Dalam menganalisis data, metode induktif, deduktif dan komparatif digunakan untuk mendapatkan keputusan kajian yang tepat. Hasil kajian mendapati bahawa pengarang iltizam dengan metode pentafsiran yang jelas dan selaras sama ada dari sudut persembahan mahupun dari sudut isi kandungan. Beliau didapati berpegang kuat kepada konsep asas dan disiplin yang perlu ada kepada seseorang pentafsir al-Quran. Sukar untuk mencari ruang yang boleh disifatkan sebagai kekurangan dalam karya ini. Jika tidak kerana harganya yang tinggi, maka ia adalah sebuah karya yang perlu dimiliki oleh setiap pelajar ilmu tafsir al-Quran.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
DAUD, Mahyudin; ABDULLAH, Ahmad Najib. Sumbangan Wahbah al-Zuḥaylī dalam Ilmu Tafsir al-Quran: Tinjauan Terhadap Karya al-Tafsīr al-Munīr fī al-‘Aqīdah wa al-Sharī‘ah wa al-Manhaj. Jurnal Usuluddin, [S.l.], v. 42, p. 25-50, dec. 2015. ISSN 0128-0708. Available at: <https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/7511>. Date accessed: 06 dec. 2019. doi: https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol42no1.2.
Section
Articles