Pentafsiran Saintifik dalam al-Quran: Satu Pengenalan Terhadap Metode al-Sha‘rāwī dalam Tafsīr al-Sha‘rāwī, Tumpuan Surah al-An‘ām ayat 125

Main Article Content

Selamat Amir
Monika @ Munirah Abd Razzak
Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff

Abstract

Muḥammad Mutawallī al-Sha‘rāwī adalah merupakan seorang ulama kelahiran Mesir yang terkenal dengan kredibiliti keilmuan beliau dalam pelbagai lapangan. Aktif di lapangan dakwah dan sosial melonjakkan beliau sebagai da‘ī murabbī kontemporari yang disegani. Pendekatan beliau dalam menginterpretasikan keilmuan semasa dalam memahami alQuran adalah merupakan satu usaha murni dalam mengintegrasikan ma‘nā dan ishārah yang terdapat dalam al-Quran sejajar dengan saintifik semasa. Ketika umat Islam masih dibelenggu dengan sekularisasi dan liberalisasi budaya dan ilmu pengetahuan, beliau hadir memberikan nafas baru dalam mengislah masyarakat untuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Kemuncak perjuangan al-Sha‘rāwī mendaulatkan syiar Islam dapat dilihat menerusi karya agung beliau iaitu Tafsīr al-Sha‘rāwī. Analisis awal mendapati beliau telah menggunakan kaedah metode al- ‘Ilm al-Naql al-Ijtimā‘ī dalam mentafsirkan al-Quran menerusi kombinasi pelbagai elemen saintifik seperti divine science, social science dan natural science yang terdapat di dalam tafsir beliau. Justeru, adalah wajar untuk diketengahkan kepada masyarakat agar keilmuan beliau mampu dijelmakan dalam rangka mendepani urbanisasi keilmuan kini di samping menguak prospek saintifik al-Quran semasa. Makalah ini juga akan menyoroti metode saintifik yang diaplikasi oleh al-Sha‘rāwī khasnya dalam Surah al-An‘ām ayat 125. 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Amir, S., Abd Razzak, M. @ M., & Mohd Yusoff, M. Y. @ Z. (2015). Pentafsiran Saintifik dalam al-Quran: Satu Pengenalan Terhadap Metode al-Sha‘rāwī dalam Tafsīr al-Sha‘rāwī, Tumpuan Surah al-An‘ām ayat 125. Jurnal Usuluddin, 42, 51–76. https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol42no1.3
Section
Articles