Konsepsi Kebenaran dalam Penyelidikan Saintifik: Analisis Pemikiran Ibn al-Haytham

Main Article Content

Mohd Syahmir Alias.

Abstract

Ibn al-Haytham terkenal melalui sumbangannya dalam bidang optik dengan penghasilan magnum opusnya iaitu KitÄb al-ManÄẓir. Disamping teori-teori optik yang diperkenalkan oleh beliau, kajiannya turut mengemukakan satu perkaedahan penyelidikan yang sistematik dikenali sebagai kaedah saintifik. Malah Ibn al-Haytham menegaskan bahawa nilai kebenaran sangat penting dalam penyelidikannya. Persoalannya, apakah pandangan beliau terhadap kebenaran dalam melakukan penyelidikan saintifik? Adakah konsepsi kebenaran Ibn al-Haytham ini mematuhi falsafah penyelidikan Islam? Hal ini kerana, terdapat pelbagai pandangan terhadap kebenaran dalam penyelidikan saintifik berdasarkan falsafah Barat yang bertentangan dengan akidah Islam. Justeru, makalah ini akan mengenal pasti dan menganalisis konsepsi kebenaran dalam penyelidikan saintifik Ibn al-Haytham secara komprehensif. Bagi memastikan tujuan analisis kandungan terhadap KitÄb al-ManÄẓir ini tercapai, data dikumpulkan juga daripada penulisan-penulisan Ibn alHaytham yang lain. Perbincangan dalam makalah ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pertama, pandangan Ibn al-Haytham terhadap kebenaran dalam penyelidikan saintifik; dan kedua, analisis dari perspektif falsafah penyelidikan Islam. Hasilnya, makalah ini menemui enam konsepsi kebenaran yang dipegang oleh Ibn al-Haytham. Pertama, kebenaran bersifat tungal; kedua, kebenaran adalah petunjuk yang boleh bermula dengan sikap skeptik; ketiga, kebenaran menolak sifat taklid atau autoritarianisme; keempat, kebenaran bersifat objektif; kelima, pembuktian matematik dapat mencapai kebenaran; dan keenam, kebenaran berasaskan sunnat AllÄh. Keenam-enam pandangan Ibn alHaytham terhadap kebenaran dalam kaedah saintifik ini sepadan dengan paradigma tauhid sekali gus selaras dengan falsafah penyelidikan Islam. 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Alias., M. S. (2015). Konsepsi Kebenaran dalam Penyelidikan Saintifik: Analisis Pemikiran Ibn al-Haytham. Jurnal Usuluddin, 42, 101–124. https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol42no1.5
Section
Articles