Sinkretisme dalam Adat Tradisi Masyarakat Islam

Main Article Content

Ros Aiza Mohd Mokhtar
Che Zarrina Sa‘ari.

Abstract

Dalam kajian agama, sinkretisme telah menjadi salah satu kategori konsep yang dibahaskan dan kontroversi disebabkan terma ini memberi gambaran “tidak suci†atau “tidak tulenâ€. Walaupun terminologi sinkretisme telah lahir dan berkembang di Barat, namun ia telah turut digunakan oleh beberapa sarjana dalam menerangkan fenomena beragama dan pengamalan adat tradisi masyarakat Islam di Nusantara yang membawa kepada natijah penolakan adat tradisi oleh golongan reformis Islam. Oleh itu, makalah ini bertujuan menghuraikan konsep sinkretisme serta analisis Islam mengenainya bagi menjelaskan sinkretisme yang berlaku khususnya dalam konteks adat tradisi masyarakat Islam serta cadangan menanggapinya. Kajian ini merupakan kajian kualitatif iaitu data kepustakaan yang diperolehi dianalisis secara deskriptif dan analitikal bagi menjelaskan sinkretisme dalam adat tradisi masyarakat Islam. Kajian mendapati imej “tidak suci†atau “tidak tulen†yang dibawa oleh sinkretisme dalam adat tradisi masyarakat Islam boleh dikaitkan dengan percampuran elemen Islam dan pra Islam yang masih bercanggah dengan prinsip Tauhid. Ia adalah bersifat sementara dan boleh dikikis, manakala adat tradisi pula boleh diteruskan sekiranya tidak lagi wujud percanggahan tersebut.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Mohd Mokhtar, R. A., & Sa‘ari., C. Z. (2016). Sinkretisme dalam Adat Tradisi Masyarakat Islam. Jurnal Usuluddin, 43, 69–90. https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol43no1.3
Section
Articles