Beberapa Pandangan Ibn Ḥajar al-Haytamī Mengenai Pendidikan Kanak-kanak Menerusi Karya Taḥrīr al-Maqāl

Main Article Content

Mohd Hasem Almuddin
Asyraf Isyraqi Jamil
Musaiyadah Ahmadun.

Abstract

Pendidikan kanak-kanak merupakan bahagian yang penting dalam memastikan permulaan dan kelangsungan pendidikan manusia. Ini dibuktikan menerusi khazanah ilmiah Islam silam yang banyak membahaskan perkara ini seperti karya Taḥrīr al-Maqāl yang dikarang oleh Ibn Ḥajar al-Haytamī. Makalah ini meninjau pandangan beliau menerusi karya tersebut tentang perihal pendidikan kanak-kanak. Metode dokumentasi digunakan dalam pengumpulan data, manakala metode analisis kandungan yang merangkumi metode historis, induktif, deduktif dan komparatif digunakan dalam penelitian data. Beberapa pandangan penting diutarakan oleh Ibn Ḥajar al-Haytamī dalam hal mendidik kanakkanak seperti kefahaman terhadap ilmu dan kaedah pendidikan kanakkanak, keutamaan terhadap pengajaran al-Qur’an bagi kanak-kanak, keperluan memiliki niat yang jelas dalam pengajaran kanak-kanak, kepentingan mengelak syahwat dan fitnah terhadap kanak-kanak, kesediaan melaksana hukuman memukul (ḍarb) berdasarkan sebab dan cara yang benar serta betul terhadap kanak-kanak, keperluan melatih kanak-kanak yang lebih cerdas untuk membantu rakan-rakannya yang lain dan kepentingan merahmati, mengasihi dan mengambil berat halehwal kanak-kanak. Pandangan-pandangan yang diutarakan juga adalah seiring dengan perbahasan para ilmuwan Islam dalam karya-karya mereka berkenaan pendidikan kanak-kanak. 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Almuddin, M. H., Jamil, A. I., & Ahmadun., M. (2016). Beberapa Pandangan Ibn Ḥajar al-Haytamī Mengenai Pendidikan Kanak-kanak Menerusi Karya Taḥrīr al-Maqāl. Jurnal Usuluddin, 43, 91–108. https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol43no1.4
Section
Articles