COMPUTER-ASSISTED TECHNOLOGY (CAT) STRATEGY TO ENHANCE CREATIVE ART IN CHILDREN WITH AUTISM SPECTRUM DISORDER (ASD)

Main Article Content

Madhya Zhagan
Ooi Shi Ling
Seethalaxmi Seethalaxmi

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan Teknologi KomputerBantuan(TKB) dalam meningkatkan seni kreatif kanak-kanak Autism Spektrum Disorder (ASD) yang akan membantu perkembangan komunikasi dan emosi mereka. Dalam kajian ini pengkaji telah memilih 3 orang kanak-kanak ASD yang berumur antara 6- 9 tahun , 3 orang ibu bapa serta guru kelas murid-murid ASD. Dalam kajian ini kaedah gabungan pendekatan kualitatif dan kuantitatif digunakan untuk menganalisis dapatan data. Dalam kaedah kualitatif pengakji menggunakan borang temubual untuk guru manakala borang soal selidik digunakan untuk ibu bapa untuk menjawab tahap penggunakan komputer kanak-kanak ASD di rumah. Pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif dengan Skal Likert (1-5) sendiri dalam kelas untuk memerhati tahap dan skor pencapaian kanakkanak ASD dalam aktiviti seni kreatif dengan menggunakan Teknologi Komputer-Bantuan (TKB). Kajian ini mendapati kanak-kanak ASD menunjukkan minat dalam seni kreatif dengan menggunkan komputer riba manakala perkembangan komunikasi dan emosi juga turut ditingkatkan. Walau bagaimanapun, kekurangan alat Teknologi Komputer-Bantuan di sekolah merupakan masalah yang mempengaruhi penggunaan teknologi untuk belajar dalam memperkembangan kemahiran seni kreatif dalam kalangan kanak-kanak ASD. Pengkaji mencadangan supaya sekolah memperbanyakkan lagi kemudahan komputer untuk kanak-kanak ASD untuk meningkatkan kemhairan bahasa komunikasi serta sosial-emosi mereka.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles