Pulau Pangkor Antara Pembangunan dan Kelestarian

Main Article Content

Yusmah Muhammad Yusoff

Abstract

Tidak banyak buku ilmiah mengenai Pulau Pangkor ditulis dan diterbitkan dalam Bahasa Melayu. Carian internet mendapati terdapat dua buku yang telah diterbitkan terdahulu iaitu oleh Abd. Rahman et al. (2012) dan Jabil Mapjabil (2016). Istimewanya buku suntingan Jamilah, M & Mariney, M. Y. ini adalah temanya merangkumi pelbagai aspek dan disiplin seperti sejarah, alam sekitar, pembangunan guna tanah, pengangkutan, ekonomi (pelancongan dan perikanan) dan sosial serta hubungannya dengan pembangunan mapan bagi mencapai kelestarian. Meskipun tema kelestarian dianggap satu tema yang biasa namun kaitannya dengan pelbagai aspek dan disiplin dan lebih khusus lagi dijalankan di sebuah pulau peranginan menjadikan buku ini lebih menarik. Seperti dinyatakan dalam pengenalan buku ini, usaha untuk mencapai kelestarian bukan mudah dan sangat mencabar terutama sekali bagi ekosistem pulau seperti Pulau Pangkor yang mempunyai sumber alam sekitar yang sangat bernilai dan sensitif seperti hutan dan lautan. Oleh kerana Pulau Pangkor adalah sebuah pulau pelancongan yang terkenal, cabarannya semakin hebat kerana perlu memberi perhatian yang seimbang kepada kedua-dua penyediaan permintaan infrastruktur asas dan ekonomi kepada penduduk dan pengawalan pembangunan dan aktiviti pelancongan yang ditawarkan kepada pelancong.

Article Details

How to Cite
YUSOFF, Yusmah Muhammad. Pulau Pangkor Antara Pembangunan dan Kelestarian. SARJANA, [S.l.], v. 33, n. 2, p. 59-60, dec. 2018. ISSN 2289-5434. Available at: <https://ejournal.um.edu.my/index.php/SARJANA/article/view/16496>. Date accessed: 22 apr. 2019.
Section
Book Review