Filem-Filem Komedi P. Ramlee: Kritikan Pelbagai Cara Sebagai Satu Konsep Filem-Filem Komedi P. Ramlee: Kritikan Pelbagai Cara Sebagai Satu Konsep Kearifan Tempatan
Keywords:
P. Ramlee, satira, filem Melayu, kearifan tempatanAbstract
Kritikan dalam pelbagai cara merupakan prinsip utama satira yang diekspresikan melalui perlambangan, kiasan, peribahasa, syair, pantun dan lirik lagu. Analisis ini meneliti tujuh filem komedi P. Ramlee: Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Minta Nombor Ekor, Ali Baba Bujang Lapok, Anak Bapak, Musang Berjanggut dan Laksamana Do Re Mi, berdasarkan model satira S. Othman Kelantan. Model tersebut berasaskan enam prinsip, iaitu humor, wit, ironi, sarkasme, berlebih-lebihan dan kritikan dalam pelbagai cara; kajian ini memberi fokus kepada prinsip terakhir. Objektifnya ialah meneliti satira sebagai medium kritikan filem, serta menginterpretasi pemikiran P. Ramlee melalui kerangka satira Melayu. Dapatan menunjukkan bahawa P. Ramlee memahami cara menyampaikan isu masyarakat serius secara mudah dan menghiburkan. Satiranya berkembang daripada realiti rakyat, kemudian merangkumi kritikan sosio-ekonomi, gender, keluarga, alegori politik, hingga parodi nasional dan global. Perkembangan ini membuktikan kematangan intelektual P. Ramlee dan peranan satira sebagai wacana budaya, moral serta politik Melayu pasca-kolonial, sekali gus menjadi sebahagian kearifan tempatan.
