Konsep Bid’ah Menurut Perspektif Muhammad Sa’id Ramadan Al-Buti (1929-2013) Satu Huraian

Main Article Content

Muhammad Safwan Harun
Luqman Abdullah
Muhammad Ikhlas Rosele

Abstract

Persoalan bid’ah telah diwacanakan dalam kalangan ilmuan Islam sejak zaman berzaman. Pelbagai wacana telah muncul khususnya di zaman ini bagi menyentuh hakikat sebenar bid’ah. Antara yang menarik untuk disoroti ialah perbahasan oleh seorang tokoh ulama beraliran al-Syafi’iyyah (mazhab fiqh) dan al-Asha’irah (mazhab akidah) iaitu Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti. Hal ini kerana, perbuatan bid’ah adalah suatu larangan yang dipersetujui oleh ulama di zaman salaf mahupun khalaf. Namun begitu, pendirian ini menjadi polemik yang berterusan kerana terdapat khilaf antara para ulama dalam menilai persoalan-persoalan berkaitan bid’ah di mana perbuatan itu dihukum bid’ah oleh sebahagian ulama dan ianya diharuskan oleh sebahagian yang lain. Dalam hal ini, bid’ah tetap dipersetujui kebatilannya oleh al-Buti namun dalam banyak keadaan beliau dilihat tidak mudah menjatuhkan hukum bid’ah dalam menyelesaikan persoalan-persoalan baru. Oleh itu, kajian ini bertujuan menganalisis pemikiran Sa’id Ramadan al-Buti terhadap teori bid’ah. Seterusnya kajian juga memfokuskan bagaimana pendekatan yang di ambil oleh tokoh ketika berhadapan dengan isu-isu bid’ah. Bagi mencapai objektif kajian, analisis dijalankan dengan menggunakan metode kajian kepustakaan sepenuhnya. Seterusnya data-data yang diperolehi di analisis menggunakan pendekatan analisis kandungan. Hasil kajian menyimpulkan bahawa Sa’id Ramadan al-Buti amat tegas dalam membanteras perkara-perkara bid’ah dalam agama. Justeru itu, al-Buti menolak pemakaian istilah bid’ah hasanah dan dalalah dalam membahaskan isu-isu khilafiah kerana istilah bid’ah itu sendiri mendatangkan persepsi negatif dalam masyarakat. Sebagai solusi, beliau mengetengahkan satu istilah yang lebih relevan di mana ianya berasal dari ilmu usul al-fiqh iaitu masalih mursalah.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles