Masjid Sebagai Pusat Rawatan Sementara Ketika Wabak The Role of Mosque as a Medical Treatment Centre

Main Article Content

Zubair Amir Nur Rashid
Mardia Mazri
Muhammad Ikhlas Rosele

Abstract

Pandemik Covid-19 memberikan impak yang besar kepada ekonomi dan sosial masyarakat dunia. Islam sebagai suatu cara hidup tentunya mempunyai jalan keluar kepada pelbagai permasalahan-permasalahan yang berlaku termasuk ijtihad berkaitan solat fardu berjemaah, solat jemaah serta perkara lain berkaitan masjid dan surau. Dalam masa yang sama, pelaksanaan Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 yang dilancarkan oleh kerajaan Malaysia menuntut penglibatan semua agensi dan memaksimum penggunaan fasiliti yang ada. Sebahagian pihak mencadangkan masjid agar turut terlibat dalam Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang merupakan salah satu daripada fasiliti kesihatan. Bagi kajian jangka panjang, kajian ini dilakukan bagi mengkaji hukum menggunakan masjid sebagai pusat rawatan kepada masyarakat setempat. Kajian akan menggunakan metod kajian kualititatif dengan mengkaji pandangan-pandangan ulama serta prosedur pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membuat pertimbangan hukum syarak dengan keadaan semasa. Hasil kajian mendapati bahawa masjid boleh dijadikan pusat perubatan sementara jika memenuhi syarat-syarat tertentu seperti fasiliti kesihatan sedia ada berada dalam keadaan kritikal, ketiadaan dewan atau fasiliti lain serta tidak menggunakan kawasan dewan solat utama. Fungsi utama masjid sebagai rumah ibadat tidak menghalang kegiatan sosial dijalankan sebagaimana yang telah berlaku di dunia Islam sebelumnya namun menasihatkan pihak berkuasa agama mestilah menjaga sensitiviti umat Islam dengan meraikan hukum-hakam khusus berkaitan masjid.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles