Gaya Bahasa Amr Bagi Konteks Sikap Bani Israel Terhadap Perintah Allah Dalam Surah al-Baqarah

Authors

  • Syakirah Rifa'in@Mohd Rifain
  • Mat Taib Pa

Abstract

Kajian ini membincangkan mengenai gaya bahasa amr berkaitan sikap bani Israel terhadap perintah Allah SWT dalam surah al-Baqarah. Kajian ini mempunyai dua objektif utama, iaitu yang pertama untuk mengenalpasti bentuk dan tujuan amr dan yang kedua untuk merumuskan mesej tersirat kepelbagaian bentuk amr bagi konteks sikap bani Israel terhadap perintah Allah SWT dalam surah al-Baqarah. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang dianalisis menggunakan teknik analisis teks berdasarkan konteks ayat dengan menggunakan tafsir-tafsir yang berkaitan dari ulama silam dan moden. Bagi objektif pertama kajian ini menggunakan Teori ‘Abbas (1997) manakala objektif kedua pula menggunakan pendapat al-Awsiy (1988) dan Wahbah al-Zuhayliy (1991). Dapatan kajian mendapati bahawa konteks sikap bani Israel terhadap perintah Allah SWT mempunyai dua bentuk amr iaitu fi‘l amr dan uslub khabariy yang memberi makna insya‘iy. Manakala terdapat tiga tujuan amr bagi konteks ini iaitu wajib, doa atau permohonan dan qudrat. Seterusnya bagi mesej tersirat kepelbagaian bentuk amr kajian ini merumuskan bahawa fi‘l amr digunakan sebagai arahan yang sangat tegas dan kuat yang menunjukkan kesungguhan untuk menjelaskan perkara-perkara asas dan uslub khabariy yang memberi makna insyaiy pula bersifat kelembutan kerana ia melibatkan perkara yang sukar. Secara kesimpulannya, kepelbagaian bentuk amr yang digunakan mengikut konteks dan situasi tertentu mempunyai keunikan dan mesej tersirat yang tersendiri. Ini merupakan satu dapatan baru yang belum dihasilkan oleh mana-mana pengkaji sebelum ini dan kajian ini boleh dilanjutkan lagi dalam surah lain selain al-Baqarah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-01-17

Issue

Section

Articles