PENGUASAAN TASYBIH, USLUB KHOBARIY DAN USLUB INSYA’IYY DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA

Authors

  • Fatimah Radzi
  • Nik Rahimi Nik Yusoff
  • Mohd Isa Hamzah

Keywords:

Persepsi, Kekangan, Tahap Penguasaan

Abstract

Abstrak Kajian ini menjurus kepada penguasaan terhadap topik-topik dalam ilmu balaghah seperti topik tasybih yang berada dalam ilmu bayan dan topik uslub khobariy dan uslub insya’iyy yang berada dalam ilmu ma’ani. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti persepsi, kekangan dan tahap penguasaan pelajar terhadap topik tasybih, uslub khobariy dan uslub insya’iyy. Kajian ini berbentuk kajian kes dengan seramai 78 orang pelajar tingkatan 5 di SMKA Putrajaya yang telah mempelajari topik-topik tersebut dipilih secara rawak menggunakan teknik pemilihan sampel Krejcie Morgan. Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik Skala Likert berkaitan persepsi dan kekangan dan ujian khas berkaitan tahap penguasaan pelajar. Data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan Program Statistical Package of Social Science (SPSS). Hasil dapatan menunjukan persepsi pelajar terhadap topik tasybih, uslub khobariy dan uslub insya’iyy adalah di tahap baik manakala kekangan yang dihadapi pelajar terhadap topik-topik tersebut adalah di tahap sederhana. Kajian juga mendapati penguasaan pelajar terhadap topik tasybih dan uslub insya’iyy adalah pada tahap sangat baik manakala topik uslub khobariy pada tahap baik. Topik yang paling dikuasai pelajar mengikut turutan ialah tasybih diikuti uslub insya’iyy kemudian uslub khobariy. Justeru, beberapa kekangan yang dihadapi pelajar dalam menguasai topik boleh diperbaiki oleh guru, pelajar dan pihak berkaitan untuk tujuan penambah baikan. Penguasaan pelajar terhadap topik uslub khobariy juga boleh dimantapkan dengan memberi penekanan kepada elemen adawat at-taukid.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2021-07-19

Issue

Section

Articles