PENGUMPULAN DATA WACANA NERAKA DALAM AL-QURAN MENGGUNAKAN HUBUNGAN SEMANTIK

Authors

  • Aziyun Othman @ Omar
  • Mat Taib Pa
  • Syakirah Rifain@Mohd Rifain

Keywords:

hubungan semantik, pengumpulan data , al-Quran

Abstract

Abstrak

Sejauhmanakah hubungan semantik antara perkataan boleh digunakan sebagai kaedah pengumpulan data tekstual bagi kajian kualitatif? Kajian tekstual berkaitan al-Quran masih menggunakan kaedah manual dalam proses mengumpul data sedangkan proses tersebut boleh dilakukan dengan lebih cepat dan sistematik menggunakan korpus al-Quran.  Untuk membuat carian dalam korpus, kata kunci yang tepat diperlukan. Kajian ini menjelaskan bagaimana hubungan semantik digunakan sebagai kaedah atau alat untuk mengenal pasti kata kunci yang memerihalkan neraka.  Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti perkataan dalam al-Quran yang berkaitan dengan neraka yang akan dijadikan kata kunci menggunakan hubungan semantik dan mengumpul data berkaitan neraka.  Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif tentang wacana neraka dalam al-Quran dengan dibantu oleh korpus al-Quran; corpus.quran.com.  Hasil analisis menunjukkan bahawa sebanyak 32 kata kunci berkaitan neraka selain nar dikenal pasti dengan menggunakan hubungan semantik. Tujuh daripada perkataan tersebut diperolehi daripada hubungan hiponim dan 25 perkataan diperoleh daripada hubungan meronim.  Hasil carian dalam corpus.quran.com dan penyaringan menggunakan buku tafsir, sebanyak 276 ayat tentang neraka dikumpulkan.  Apabila ayat-ayat ini dikelompokkan mengikut tema dalam al-Tafsir al-Munir, sebanyak 212 wacana dapat dikumpulkan.  Dapatan ini merumuskan bahawa hubungan semantik sesuai digunakan sebagai kaedah pengumpulan data tekstual secara sistematik bagi mengelakkan keciciran data dan memastikan data yang dikumpul merangkumi bidang kajian.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2021-07-19

Issue

Section

Articles