ANALISIS PENGGUNAAN PENGKHUSUSAN DALAM BAHASA MELAYU MENGIKUT PERSPEKTIF GAYA BAHASA ARAB

ANALYSIS OF RESTRICTION FORM IN THE MALAY LANGUAGE ACCORDING TO THE STYLE OF THE ARABIC LANGUAGE

Authors

  • Ann Surina Sulaiman
  • Mohd. Zaki Abd. Rahman

Abstract

Abstract

The restriction style is an idiom used in both languages with a concept that is almost similar. This study was conducted to investigate the restriction style in both languages by analysing texts that contain restriction function words according to the Arabic language method. This study uses the comparative approach and descriptively analyses texts from novels written by writers in Malaysia. The findings of this study indicate that the restriction function words most often used in the Malay language is “hanya†and the particle “lahâ€. The Malay language can be strengthened with the proposal to use restriction function words in situations that refute the assertion of the listener and that the matter which is to be emphasised should begin the sentence. It is hoped that the results of this study will simplify the teaching and learning process and will become a useful guide in the field of translation.

Keywords: restriction, al-qasr, al-hasr, Arab, Malay.

 

Gaya pengkhususan adalah suatu ungkapan yang digunakan dengan konsep yang hampir serupa dalam kedua-dua bahasa Arab dan Melayu. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji gaya pengkhususan dalam kedua-dua bahasa melalui analisis teks yang mengandungi kata tugas pengkhususan bagi tujuan pengkhususan atau menunjukkan makna pengkhususan mengikut kaedah bahasa Arab. Kajian ini menggunakan pendekatan perbandingan dan analisis secara deskriptif teks dari novel yang ditulis oleh penulis di Malaysia. Dapatan kajian mendapati bahawa kata tugas pengkhususan yang paling kerap digunakan dalam bahasa Melayu ialah “hanya†dan partikel “lahâ€. Kaedah pengkhususan dalam bahasa Melayu dapat dimantapkan dengan menggunakan kata tugas pengkhususan bagi situasi menyangkal dakwaan pendengar dan meletakkan perkara yang ingin ditekankan pada permulaan ayat. Hasil dari kajian ini diharapkan dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran gaya pengkhususan dan menjadi panduan berguna dalam usaha penterjemahan.

Kata kunci : pengkhususan, al-qasr, al-hasr, Arab, Melayu.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2017-10-25

Issue

Section

Articles