TAHAP PENGUASAAN PENULISAN KARANGAN BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH AGAMA MENENGAH

Authors

  • Muhammad Zahri Abdul Karim
  • Muhammad Haron Husaini

Abstract

Abstrak

Penulisan karangan merupakan satu aktiviti yang rumit. Dalam konteks pembelajaran bahasa kedua para pelajar dikehendaki untuk menguasai kemahiran penulisan ini. Hal ini demikian kerana kebanyakan latihan dan kerja rumah bagi subjek bahasa Arab memerlukan mereka menulis. Kajian ini bertujuan untuk  mengetahui tahap penguasaan penulisan karangan dalam kalangan pelajar Sekolah Agama Menengah. Seramai 60 orang responden kajian telah dipilih. Instrumen kajian adalah dua bahagian borang soal selidik; maklumat demografi dan set soalan penulisan karangan. Hasil kajian mendapati pelajar masih lemah dalam penulisan karangan. Oleh itu, para guru perlu memainkan peranan yang lebih serius dalam melatih para pelajar menguasai kemahiran penulisan karangan bahasa Arab. Pihak kerajaan dan pihak sekolah juga perlu memperbanyakkan kursus-kursus berhubung kaedah dan teknik berkesan pengajarn penulisan karangan bahasa Arab kepada para guru.

Kata kunci: penguasaan – penulisan karangan – bahasa Arab – pelajar sekolah

 

Abstract

Writings are a complex activity. In the context of second language learning, students are required to master this writing skill. This is because most of the training and homework for Arabic subjects require them to write. The purpose of this study is to find out the level of mastery of writing essay among secondary school students. A total of 60 respondents were selected. The research instrument is two parts of the questionnaire; demographic information and set of writing questions. The results showed that students were still weak in writing essays. Therefore, teachers need to play a more serious role in training students to master Arabic writing skills. The government and the school also need to extend the courses on the effective methods and techniques of teaching Arabic writing to teachers.

Keywords: mastery - writing essay - Arabic language - school students

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2017-12-13

Issue

Section

Articles