PERJUANGAN ULAMA ISLAH TEMPATAN PADA AWAL ABAD KE 20 DALAM USAHA MEMURNIKAN PEMIKIRAN ORANGORANG MELAYU DI MALAYSIA
Abstract
Makalah ini membincangkan pendekatan islah yang dilakukan oleh ulama islah tempatan
dalam memurnikan pemikiran dan memantapkan intelektual orang-orang Melayu.
Persoalan penting yang dibincangkan ialah merujuk kepada pandangan dan huraian yang
dikemukakan ulama islah berhubung isu-isu yang berlaku dalam masyarakat. Ia secara
langsung memberi kesan kepada usaha memurnikan pemikiran dan memantapkan
intelektual orang-orang Melayu.



