SANTAU: KEGANASAN TERSEMBUNYI MELALUI SIHIR DAN IMPLIKASINYA TERHADAP AKIDAH SERTA KESEJAHTERAAN MASYARAKAT MELAYU
SANTAU: HIDDEN VIOLENCE THROUGH WITCHCRAFT AND ITS IMPLICATIONS ON AKIDAH AND THE WELL-BEING OF MALAY SOCIETY
DOI:
https://doi.org/10.22452/jomas.vol37no1.2Keywords:
santau; sihir Melayu; akidah; keganasan tersembunyi; masyarakat MelayuAbstract
ABSTRAK
Fenomena santau dalam masyarakat Melayu merupakan amalan sihir yang diwarisi secara turun-temurun dan masih dipercayai serta diamalkan hingga era moden. Santau bukan sekadar unsur folklor, tetapi dalam kerangka kepercayaan masyarakat, ia dikaitkan dengan kesan terhadap kesejahteraan fizikal, psikologi, sosial dan rohani individu. Kajian ini bertujuan menganalisis konteks sosial, implikasi terhadap akidah, motivasi pelaku serta kesan santau terhadap mangsa berdasarkan literatur akademik, laporan media, buku ilmiah, sumber dalam talian dan perspektif Islam yang menegaskan larangan terhadap sihir serta pergantungan kepada makhluk halus. Dapatan kajian menunjukkan bahawa santau sering dikaitkan dengan bentuk keganasan tersembunyi yang didorong oleh hasad dengki, dendam, persaingan pekerjaan dan konflik interpersonal. Pelaku menggunakan santau sebagai mekanisme ghaib untuk mengekspresikan kemarahan dan ketidakpuasan yang tidak diselesaikan secara terbuka. Mangsa dilaporkan mengalami kesan fizikal seperti muntah darah, kesakitan berpanjangan dan kelemahan tubuh, selain kesan psikologi seperti tekanan mental, gangguan tidur, ketakutan berterusan dan pengasingan sosial. Fenomena ini turut dikaitkan dengan gangguan terhadap keharmonian keluarga dan interaksi komuniti. Dari perspektif Islam, santau merupakan amalan haram dan bertentangan dengan prinsip tauhid kerana melibatkan pergantungan kepada jin atau makhluk halus selain Allah. Oleh itu, penanganan fenomena santau memerlukan pendekatan holistik dan interdisiplin yang merangkumi pendidikan akidah, sokongan psikososial, pengukuhan nilai moral dan penambahbaikan kerangka perundangan. Kajian ini menyumbang kepada pemahaman akademik tentang santau dan menyediakan asas bagi penyelidikan lanjutan yang lebih empirikal dalam konteks masyarakat Melayu kontemporari.
Kata Kunci: santau; sihir Melayu; akidah; keganasan tersembunyi; masyarakat Melayu
ABSTRACT
The phenomenon of santau in Malay society refers to a form of witchcraft transmitted across generations and still believed to be practised in the modern era. Santau is not merely treated as folklore; within the belief system examined, it is associated with effects on individuals’ physical, psychological, social, and spiritual well-being. This study analyses the social context, implications for akidah, perpetrators’ motivations, and the effects of santau on victims based on academic literature, media reports, scholarly books, online sources, and Islamic perspectives that prohibit witchcraft and reliance on supernatural entities. The findings indicate that santau is often framed as a form of covert violence motivated by envy, resentment, workplace competition, and interpersonal conflict. Perpetrators are described as using santau as a supernatural mechanism to express anger and dissatisfaction that cannot be resolved openly. Reported effects on victims include prolonged pain, vomiting blood, bodily weakness, psychological distress, sleep disturbances, persistent fear, and social isolation. The phenomenon is also associated with disruptions to family harmony and community interaction. From an Islamic perspective, santau is prohibited and contradicts the principle of tawhid because it involves reliance on jinn or supernatural entities other than Allah. Addressing santau therefore requires a holistic and interdisciplinary approach that includes akidah education, psychosocial support, moral reinforcement, and improvements to the legal framework. The study contributes to the academic discussion of santau and provides a basis for further empirical research in the contemporary Malay context.
Keywords: santau; Malay witchcraft; akidah; covert violence; Malay society











