RETORIK PEMUJUKAN DALAM TEKS KESIHATAN DI LAMAN FACEBOOK
PERSUASIVE RHETORIC IN HEALTH TEXTS ON FACEBOOK
DOI:
https://doi.org/10.22452/jomas.vol37no1.5Keywords:
retorik, pemujukan, komunikasi, kesihatan, Facebook.Abstract
ABSTRAK
Kajian ini meneliti penggunaan retorik pemujukan dalam teks kesihatan yang disampaikan melalui Facebook. Retorik pemujukan merujuk kepada cara penutur mempengaruhi emosi, persepsi dan tingkah laku audiens sasaran supaya bertindak selaras dengan hasratnya. Retorik juga berperanan penting dalam membentuk pemahaman dan kepercayaan audiens terhadap maklumat yang disampaikan. Dalam kajian ini, pemahaman dan kepercayaan tersebut merujuk secara khusus kepada penerimaan pengguna Facebook terhadap maklumat kesihatan yang dikongsikan melalui platform berkenaan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis strategi retorik pemujukan dalam teks kesihatan. Data kajian berbentuk teks yang ditranskripsikan daripada enam video berkaitan penyakit jantung yang dimuat naik melalui halaman Facebook Dr. Noordin Darus pada tahun 2021. Berpandukan kerangka Retorik Moden Enos dan Brown (1993), analisis kandungan dilakukan terhadap teks berkenaan. Dapatan menunjukkan bahawa pemujukan rasional dan tidak rasional dibentuk melalui penggunaan kata perintah, partikel ‘-lah’, penegasan sifat, istilah saintifik, elemen agama dan eufemisme. Unsur-unsur ini digunakan sebagai strategi untuk menarik perhatian, membina keyakinan dan mendorong audiens mempertimbangkan tindakan yang disarankan. Retorik pemujukan, dengan itu, dapat membantu pakar kesihatan menyampaikan maklumat dengan cara yang berpotensi mempengaruhi pemikiran, sikap, kepercayaan dan tingkah laku audiens.
Kata kunci: retorik, pemujukan, komunikasi, kesihatan, Facebook.
ABSTRACT
This study examines persuasive rhetoric in health-related texts disseminated through Facebook. Persuasive rhetoric refers to the ways in which speakers influence the emotions, perceptions, and behavior of target audiences so that they act in accordance with the speaker’s intentions. Rhetoric also plays an important role in shaping audiences’ understanding of and trust in the information presented. In this study, these dimensions refer specifically to Facebook users’ reception of health information shared on the platform. The study aims to identify and analyses persuasive rhetorical strategies in health texts. The data comprise transcripts of six videos on heart disease posted on Dr. Noordin Darus’s Facebook page in 2021. Drawing on Enos and Brown’s (1993) modern rhetoric framework, the texts were examined using qualitative content analysis. The findings show that rational and non-rational persuasion is constructed through imperatives, the particle -lah’, adjectival emphasis, scientific terminology, religious elements, and euphemism. These devices are used to attract attention, build confidence, and encourage audiences to consider the recommended actions. Persuasive rhetoric may therefore help health professionals communicate information in ways that influence audiences’ thoughts, attitudes, beliefs, and behavior.
Keywords: rhetoric, persuasion, communication, health, Facebook.











