BAHASA RESEPTIF DAN BAHASA EKSPRESIF DALAM KOMUNIKASI VERBAL : PEMELAJARAN BAHASA MELAYU KANAK-KANAK SINDROM DOWN

RECEPTIVE AND EXPRESSIVE LANGUAGE IN VERBAL COMMUNICATION: MALAY LANGUAGE AQCUISITION AMONG DOWN SYNDROM CHILDREN

Authors

  • Puteri Roslina Abdul Wahid

Abstract

Tulisan ini menghuraikan tentang pemerolehan bahasa verbal dalam kalangan kanak-kanak sindrom Down. Terdapat dua jenis pemerolehan bahasa verbal, iaitu pertama, menggunakan kata (bahasa ekspresif) dan kedua, memahami kata (bahasa reseptif). Kanak-kanak SD menghadapi masalah memproses dan mengingati maklumat verbal. Kita menggunakan kata untuk membina pengetahuan, berfikir, menaakul, mengingati, dan berkomunikasi dengan dunia di sekitar kita. Kajian ini memperlihatkan bahawa kanak-kanak SD merupakan pelajar visual (lihat) daripada pelajar auditori (dengar). Oleh itu, penguasaan bahasa verbal yang baik mengambil masa yang panjang berbanding dengan kanak-kanak normal. Justeru, pendekatan dalam pemelajaran dan pemerolehan bahasa Melayu kanak-kanak SD perlu dikaji semula agar penggunaan bahan konkrit di persekitaran kanak-kanak dapat dimanfaatkan bagi menggalakkan perkembangan kognitif mereka dirangsang bagi mempertingkat tahap pemelajaran bahasa Melayu.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2008-12-25

How to Cite

Abdul Wahid, P. R. (2008). BAHASA RESEPTIF DAN BAHASA EKSPRESIF DALAM KOMUNIKASI VERBAL : PEMELAJARAN BAHASA MELAYU KANAK-KANAK SINDROM DOWN: RECEPTIVE AND EXPRESSIVE LANGUAGE IN VERBAL COMMUNICATION: MALAY LANGUAGE AQCUISITION AMONG DOWN SYNDROM CHILDREN. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 19(1), 143–166. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JOMAS/article/view/9731