INTERTEKSTUALITI DAN KITAB TAFSIR MELAYU
INTERTEXTUALITY AND MALAY KITAB TRANSLATION
Abstract
Kertas ini cuba melihat aplikasi teori intertekstualiti dalam kitab tafsir Melayu. Tumpuan hanya kepada Tarjuman al-Mustafid, iaitu tafsir pertama di alam Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu pada abad ke-17 Masehi oleh Syeikh Abdul Rauf Ali al-Fansuri al-Singkeli yang juga dikenali sebagai Tafsir Baydawi Melayu. Analisis teks Tarjuman alMustafid dan teks tipa induk serta hipogramnya akan dilakukan bagi melihat penyerapan dialog dalaman dan dialog luaran dalam Tarjuman al-Mustafid, juga sekaligus melihat perseimbangan antara kedua-duanya, seterusnya melihat apa yang mendominasinya



