STRATEGI KOMUNIKASI BUKAN LISAN (SKBL) BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SRJK(C))

Main Article Content

Puteri Roslina Abdul Wahid
Mohd Helmi Pangat

Abstract

Makalah ini menggariskan jenis-jenis strategi komunikasi bukan lisan (SKBL) pelajar Cina di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK(C)) dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif dalam pengumpulan data. Subjek yang dipilih merupakan 130 pelajar darjah lima di SRJK(C) di Kuala Langat. Subjek dibahagikan kepada tiga kumpulan berasaskan aras kecekapan bahasa mereka. Instrumen yang digunakan ialah ujian lisan dan transkripsi korpus lisan. Dapatan kajian menunjukkan 9 strategi komunikasi bukan lisan (SKBL) telah digunakan oleh pelajar Cina. Strategi yang paling kerap digunakan ialah pergerakan jari 247 (23%), jelingan mata 198 (18%), pergerakan tangan 171 (16%), pergerakan badan 146 (14%), pergerakan kepala 102 (9%), renungan mata 72 (7%), strategi diam 72 (7%), senyuman 63 (6%) dan pergerakan lidah 1(tidak mencapai (1%). Dapatan menunjukkan bahawa SKBL memainkan peranan yang penting dalam memastikan mesej disampaikan khususnya dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai Bahasa kedua dalam kalangan pelajar Cina.


Kata kunci: pembelajaran bahasa kedua, pelajar Cina, strategi komunikasi bukan lisan (SKBL), bahasa Melayu

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Abdul Wahid, P. R., & Pangat, M. H. (2020). STRATEGI KOMUNIKASI BUKAN LISAN (SKBL) BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SRJK(C)). Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 27(1), 135–159. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/25645
Section
Articles