KEPIMPINAN PEREMPUAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SATU SOROTAN

Main Article Content

Mohd Anuar Ramli

Abstract

Isu perempuan sering menjadi polemik yang tiada kesudahan. Dari masa ke masa, lahir
pelbagai wacana yang berbentuk pembebasan (liberation) dan bentuk perlindungan
(protection) terhadap kaum perempuan. Dengan kata lain, wacana berbentuk pembebasan
ini dipelopori oleh golongan liberalis-kontekstual, manakala satu lagi didokong oleh
golongan literalis-tekstual. Dua kubu pemikiran hukum yang bertentangan ini ibarat
kutub utara dan kutub selatan. Kadangkala daripada sumber hukum yang sama, namun
masing-masing menggunakan metodologi dan interpretasi yang berbeza, akhirnya natijah
hukum turut berlainan. Walaupun begitu, antara kubu pemikiran yang longgar dan yang
ketat, terdapat pandangan yang sederhana sesuai dengan keadaaan masyarakat Islam
semasa. Hal ini disebabkan dalam menghadapi isu perempuan dalam Islam, sama seperti
isu-isu lain dalam menangani perubahan sosio-budaya masyarakat. Perubahan ini
melahirkan bentuk masyarakat yang dinamik dan berbeza dari zaman awal Islam. Seiring
dengan dinamika masyarakat Islam, lahir pelbagai isu hukum sama ada dalam aspek
ekonomi, sosial, sains dan teknologi, hatta dalam isu yang berhubungan dengan
perempuan. Justeru dalam kajian ini, isu kepimpinan perempuan dipilih sebagai satu
analisis hukum semasa dengan melakukan perbandingan di antara kedua-dua pandangan
yang liberal dan literal, seterusnya meneliti latar belakang pensejarahan kepimpinan
perempuan di Alam Melayu.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Ramli, M. A. (2020). KEPIMPINAN PEREMPUAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SATU SOROTAN. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 21(1), 111–122. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/25667
Section
Articles