TERMINOGRAFI MELAYU: KOSA KATA SENI KRAF MELAYU

Main Article Content

Puteri Roslina Abdul Wahid
Hasnah Mohamad

Abstract

Tulisan ini menumpukan perhatian kepada terminografi Melayu khususnya Seni Kraf
Melayu. Terminografi melalui pembentukan natif membantu penggubalan istilah baharu
berdasarkan sistem konsep yang dibina bagi menyediakan glosari atau kamus teknikal.
Terminografi merupakan satu peraturan yang menjadi amalan dan kaedah bagi
pengumpulan, pendeksripsian dan perwakilan istilah (Sager, 1990). Terminografi
merupakan keluarga leksikografi. Ahli leksikografi mendokumenkan kata dalam
perbendaharaan kata umum, manakala ahli terminografi mendokumenkan istilah khusus
dalam bidang, domain, atau disiplin khas. Leksikografi merangkumi perakaman kata
dalam perbendaharaan bahasa menggunakan format yang sistematik yakni secara urutan
abjad. Komponen praktikalnya berhubungan dengan sains terapan pengumpulan dan
penyuntingan kamus. Terminografi merupakan amalan bidang antara disiplin yang
berhubungan dengan linguistik, logik, ontologi dan sains maklumat dalam pelbagai
bidang. Unsur yang paling umum yang berhubungan dengan organisasi formal hubungan
kompleks antara konsep dengan sistem konsep. Terminografi dalam Seni Kraf Melayu
dapat menyebarkan penggunaan bahasa Melayu pada peringkat antarabangsa melalui
penghasilan glosari dwibahasa atau multibahasa.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Abdul Wahid, P. R., & Mohamad, H. (2020). TERMINOGRAFI MELAYU: KOSA KATA SENI KRAF MELAYU. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 21(1), 212–225. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/25673
Section
Articles