PENGARUH PEMIKIRAN AL-GHAZALI (M. 505 H./ 1111 M.) DALAM KARYA SYEIKH MUHAMMAD NAFIS BIN IDRIS AL-BANJARI: ANALISIS TERHADAP KITAB AL-DURR ALNAFIS

Main Article Content

Mohd Fauzi Hamat
Mohd Hasrul Shuhari

Abstract

Pengaruh al-Ghazali adalah cukup besar dalam membentuk pemikiran
ummah dalam dunia Islam. Banyak karya ilmiah yang dihasilkan oleh
ulama Melayu silam cuba mengetengahkan pemikiran al-Ghazali ke
dalam masyarakat. Hasil dari itu, umat Islam di rantau ini telah
mempunyai suatu kefahaman yang sempurna tentang Islam berasaskan
huraian beliau yang mantap dan jelas. Dalam daerah Borneo, terdapat
beberapa bukti berupa karya ilmiah yang mengukuhkan keterangan
bahawa pengaruh pemikiran tokoh bergelar Hujjat al-Islam tersebut
begitu dominan dalam pemikiran ulama Melayu. Artikel ini cuba
melihat aspek pengaruh tersebut dalam karya kontroversi, Muhammad
Nafis bin Idris al-Banjari berasaskan karya beliau yang terkenal al-
Durr al-Nafis. Kitab ini telah selesai dikarang oleh al-Banjari pada 27
Muharram tahun 1200 H. bersamaan 30 November 1785 M. Suatu masa, karya ini cukup berpengaruh khususnya dalam sistem pengajian
pondok tradisional dan kuliah-kuliah pengajian akidah di masjidmasjid.
Analisis akan difokuskan kepada perbahasan utama karya
tersebut berkisar kepada persoalan pengesaan Allah dari segi dhat, sifat
dan af`al-Nya. Berdasarkan analisis yang dibuat, ternyata al-Banjari
amat terpengaruh dengan pemikiran al-Ghazali dalam penulisan kitab
al-Durr al-Nafis.



Kata Kunci: Pemikiran al-Ghazali; Hujjat al-Islam; Al-Banjari; al-
Durr al-Nafis; Dhat; Sifat; Af`al.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Hamat, M. F., & Shuhari, M. H. (2020). PENGARUH PEMIKIRAN AL-GHAZALI (M. 505 H./ 1111 M.) DALAM KARYA SYEIKH MUHAMMAD NAFIS BIN IDRIS AL-BANJARI: ANALISIS TERHADAP KITAB AL-DURR ALNAFIS. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 23(1), 219–236. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/25684
Section
Articles