PEMBANGUNAN MODUL KARANGAN E-BMKU UNTUK KEGUNAAN MURID SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL (SJKT)

DEVELOPMENT OF E-BMKU ESSAY MODULE FOR THE USE OF TAMIL NATIONAL TYPE SCHOOL STUDENTS (SJKT)

Authors

  • Logambigai Bakthaselvan Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya Kuala Lumpur, Malaysia
  • Muhammad Saiful Haq Hussin Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya Kuala Lumpur, Malaysia
  • Wong Seng Yue Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya Kuala Lumpur, Malaysia

Abstract

Abstract
Students of Tamil national-type primary schools (Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil or SJKT) in Malaysia find it difficult to grasp the skills needed in Malay essay writing. For instance, they lack the adequate vocabulary to express their ideas, find it difficult to construct grammatical sentences and have yet to master Malay grammar. Therefore, there is a need to develop an interactive teaching tool, or Bahan Bantu Mengajar (BBM), to complement lessons on Malay essay writing. This study explores the development of an interactive
multimedia module to polish the skills required for Malay language essay writing named Modul Karangan E-BMKU. The module utilises the concept of High-Level Thinking Skills (HLTS), which is the core of learning in the 21st century. The research was conducted using
the qualitative descriptive method, in which the E-BMKU module is built upon the ADDIE instructional design model. ADDIE is the acronym for ‘Analysis’, ‘Design’, ‘Development’, ‘Implementation’ and ‘Evaluation’. The authoring programme of Adobe Animate CC was used to create the module. The findings of this study showed that the module could assist SJKT students in learning Malay essay writing skills, albeit in an entertaining manner. Integration of interactive multimedia elements in the module also attracted them to learn the abovementioned skills. However, further research is required to measure the effectiveness of the E-BMKU module in improving the students’ skills in Malay essay writing.

Keywords: essay writing, Tamil National-Type School (SJKT), E-BMKU, ADDIE model, multimedia.

Abstrak
Kemahiran menulis karangan bahasa Melayu sukar untuk dikuasai oleh murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Antara kelemahan menulis karangan yang dihadapi oleh mereka ialah kekurangan perbendaharaan kata untuk mengungkapkan idea, sukar membina ayat yang gramatis dan kurang menguasai tatabahasa bahasa Melayu. Oleh itu, wujud satu keperluan untuk membangunkan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang bersifat interaktif untuk pembelajaran menulis karangan bahasa Melayu. Kajian ini membincangkan berkaitan pembangunan modul multimedia interaktif untuk memperkasakan kemahiran menulis karangan bahasa Melayu. Modul multimedia interaktif yang dinamakan Modul Karangan EBMKU ini menerapkan konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang merupakan teras dalam Pembelajaran Abad Ke-21. Metodologi kajian ini ialah kualitatif, iaitu membangunkan Modul Karangan E-BMKU berdasarkan model reka bentuk instruksional ADDIE. Model ADDIE merupakan akronim bagi Analysis (Analisis), Design (Reka Bentuk), Development (Pembangunan), Implementation (Pelaksanaan), dan Evaluation (Penilaian). Alat pengarangan yang digunakan untuk membina Modul Karangan E-BMKU ialah perisian Adobe Animate CC. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa Modul Karangan E-BMKU ini dapat membantu murid SJKT mempelajari kemahiran menulis karangan bahasa Melayu dengan kaedah pembelajaran yang menyeronokkan. Pengintegrasian multimedia interaktif dalam Modul Karangan E-BMKU mampu menarik minat murid SJKT untuk mempelajari kemahiran menulis karangan bahasa Melayu. Kajian selanjutnya perlu memfokus kepada penguasaan kemahiran menulis karangan bahasa Melayu selepas pengaplikasian Modul Karangan E-BMKU.
Kata Kunci: menulis karangan, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Modul Karangan E-BMKU, model ADDIE, multimedia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-04-22

How to Cite

Logambigai Bakthaselvan, Muhammad Saiful Haq Hussin, & Wong Seng Yue. (2022). PEMBANGUNAN MODUL KARANGAN E-BMKU UNTUK KEGUNAAN MURID SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL (SJKT): DEVELOPMENT OF E-BMKU ESSAY MODULE FOR THE USE OF TAMIL NATIONAL TYPE SCHOOL STUDENTS (SJKT). Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 33(1), 55–68. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/36430

Issue

Section

Articles