ETIMOLOGI KATA PINJAMAN SANSKRIT TERPILIH DALAM BAHASA MELAYU

ETYMOLOGY OF SELECTED SANSKRIT LOANS WORD IN MALAY

Authors

  • Mohamad Nor Taufiq Nor Hashim Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia
  • Aniswal Abd. Ghani Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia

Abstract

Abstract
This study aims to identify Sanskrit loanwords in the Malay language and discuss the changes from an etymological standpoint. The changes discussed include two salient elements, namely changes in form and meaning after incorporation into the Malay language.
Explanations on the existence and use of loanwords in Malay through an analysis of old Malay manuscripts were also featured. The data was obtained from A Malay-English Dictionary by Wilkinson (1901, 1902), focusing on five words – catur, madu, wangsa, sasa
and mempelam. This study also utilised principles of etymology devised by Collins (2003), which were adapted to suit the focus of this study. Results showed that the five words were indeed loanwords due to the similarities in form and meaning with their counterparts in Sanskrit. However, the loanwords also have effected changes in form and meaning. Based on the findings, four important elements in etymology need to be discussed, namely form, meaning, history and geography, besides the existence and usage of a word in the Malay language. Studies like this are paramount in refining Malay lexicography, specifically in providing the etymology of Sanskrit loanwords in Malay.
Keywords: loanword, etymology, Malay-English Dictionary, Sanskrit language, Malay language.


Abstrak
Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti kata pinjaman Sanskrit dalam bahasa Melayu dan membincangkan perubahan-perubahan yang berlaku bagi sejumlah perkataan tertentu daripada sudut etimologi. Aspek perubahan yang dibincangkan merangkumi dua elemen penting, iaitu perubahan dari segi bentuk dan makna sesebuah perkataan setelah diserap ke dalam bahasa Melayu. Penjelasan berkaitan kewujudan dan penggunaan sesebuah kata pinjaman dalam bahasa Melayu menerusi penelitian terhadap manuskrip Melayu lama turut dibincangkan dalam kajian ini. Data kajian ini diperoleh daripada kamus A Malay-English
Dictionary yang dihasilkan oleh Wilkinson (1901, 1902). Kajian ini memberi tumpuan kepada sejumlah perkataan terpilih sahaja, iaitu kata catur, madu, wangsa, sasa dan mempelam. Kajian ini mengaplikasikan pedoman etimologi yang digagaskan oleh Collins (2003). Pedoman tersebut telah diubahsuai mengikut kesesuaian kajian ini yang berfokus kepada etimologi kata pinjaman. Analisis data mendapati bahawa sejumlah perkataan terpilih tersebut merupakan kata pinjaman kerana memiliki kemiripan bentuk dan makna dengan perkataan dalam bahasa Sanskrit. Peminjaman perkataan daripada bahasa Sanskrit telah menyebabkan berlakunya perubahan daripada bentuk dan makna perkataan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat empat elemen penting yang perlu dibincangkan dalam aspek etimologi, iaitu perihal bentuk, makna, sejarah dan geografi serta aspek kewujudan dan penggunaan sesebuah perkataan dalam bahasa Melayu. Kajian seperti ini penting bagi memperkemaskan lagi bidang perkamusan Melayu khususnya dalam menyediakan maklumat etimologi perkataan pinjaman Sanskrit dalam bahasa Melayu.
Kata Kunci: kata pinjaman, etimologi, kamus A Malay-English Dictionary, bahasa Sanskrit, bahasa Melayu.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-04-22

How to Cite

Mohamad Nor Taufiq Nor Hashim, & Aniswal Abd. Ghani. (2022). ETIMOLOGI KATA PINJAMAN SANSKRIT TERPILIH DALAM BAHASA MELAYU: ETYMOLOGY OF SELECTED SANSKRIT LOANS WORD IN MALAY. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 33(1), 69–86. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/36432

Issue

Section

Articles