ANALISIS KATA SENDI NAMA “DI” DAN “DALAM” DALAM PENULISAN KARANGAN PELAJAR TINGKATAN 4 (ANALYSIS OF THE PREPOSITIONS “DI” AND “DALAM” IN THE ESSAY WRITINGS OF FORM 4 STUDENTS)

Main Article Content

Siti Nur Solehah Bahaudin

Abstract

Abstract



Good command of grammar skills can help students produce quality, critical and creative
writing. The teaching of Malay grammar should follow the correct principles to avoid confusion
in the use of prepositions. Most students are not proficient and lack knowledge in using
prepositions correctly. This study focuses on the prepositions “di” and “dalam” in the essay
writings of form 4 students. The current study applies a qualitative research method conducted
on 30 essays written by form 4 students. The objective of this research is to identify, describe and
analyse the forms of prepositions used in the production of form 4 students' essays. The
researcher uses the Transformative Generative Theory introduced by Noam Chomsky in 1957 to
explain the research objectives. The correct use of prepositions in essays is analysed using
percentages. The result of the investigation shows that the percentage of correct use of the
preposition “di” is 83% and the incorrect use is 17%. For the use of the preposition “dalam”,
the percentage of correct answers is 65% and the incorrect answers is 35%. Conclusively, there
are students who are still confused on the accurate use of prepositions according to the correct
preposition formula. This situation can be seen through the dominant errors in the use of the
preposition “dalam” in comparison with the preposition “di”. This investigation can further
enhance the correct use of prepositions in students' essay writing and Malay language teachers
need to take proactive measures to address this problem. Some of the suggestions for further
studies that can be done by the researchers is to investigate grammatical mistakes using different
corpora such as newspapers, magazines, speech texts, short stories, and others.



Keywords: preposition, Malay grammar, essay, Transformative Generative Theory


Abstrak
Penguasaan kemahiran tatabahasa yang baik dapat membantu pelajar menghasilkan penulisan
yang berkualiti, kritis dan kreatif. Pengajaran tatabahasa bahasa Melayu perlulah mengikut
prinsip yang betul bagi mengelakkan kekeliruan penggunaan kata sendi nama. Dalam
penggunaan kata sendi nama, kebanyakan pelajar tidak mahir dan kurang pengetahuan tentang
penggunaan kata sendi nama yang tepat. Kajian ini berfokus kepada kata sendi nama “di” dan
“dalam” dalam penulisan karangan pelajar tingkatan 4. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kajian
yang berbentuk kualitatif yang dijalankan terhadap pelajar tingkatan 4 bagi menghasilkan 30
buah karangan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti, menghuraikan dan menganalisis
bentuk kata sendi nama yang digunakan dalam penghasilan karangan pelajar tingkatan 4.
Pengkaji menggunakan Teori Transformatif Generatif yang diperkenalkan oleh Noam Chomsky
pada tahun 1957 bagi menjelaskan objektif kajian. Penggunaan kata sendi nama yang betul
dalam karangan dianalisis menggunakan peratusan. Hasil kajian menunjukan peratus
penggunaan kata sendi nama “di” yang betul ialah sebanyak 83% dan salah ialah sebanyak 17%.
Bagi penggunaan kata sendi nama “dalam” pula, peratusan jawapan yang betul ialah sebanyak
65% dan yang salah sebanyak 35%. Secara keseluruhannya, terdapat pelajar yang masih keliru
dengan penggunaan kata sendi nama yang betul mengikut rumus kata sendi nama yang betul.
Situasi ini dapat dilihat melalui kesalahan penggunaan kata sendi nama “dalam” yang lebih
dominan berbanding kata sendi nama “di”. Kajian ini dapat mengukuhkan lagi penggunaan kata
sendi nama yang betul dalam penulisan karangan pelajar dan guru bahasa Melayu perlu
mengambil langkah yang proaktif bagi menangani masalah ini. Antara cadangan kajian lanjutan
yang boleh dilakukan oleh pengkaji seterusnya ialah mengkaji kesalahan tatabahasa
menggunakan korpus berbeza seperti akhbar, majalah, teks ucapan, cerpen dan lain-lain.


Kata Kunci: kata sendi nama, tatabahasa Melayu, karangan, Teori Transformatif Generatif

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Siti Nur Solehah Bahaudin. (2023). ANALISIS KATA SENDI NAMA “DI” DAN “DALAM” DALAM PENULISAN KARANGAN PELAJAR TINGKATAN 4: (ANALYSIS OF THE PREPOSITIONS “DI” AND “DALAM” IN THE ESSAY WRITINGS OF FORM 4 STUDENTS). Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 34(1), 126–144. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/43363
Section
Articles