PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ASING : STRATEGI KOMUNIKASI DALAM KALANGAN PELAJAR KOREA DI HUFS (HANKUK UNIVERSITY OF FOREIGN STUDIES) LEARNING MALAY AS FOREIGN LANGUAGE : COMMUNICATION STATEGIES AMONG KOREAN STUDENTS AT HUFS (HANKUK UNIVERSITY OF FOREIGN STUDIES)

Main Article Content

Minsung Cho
Puteri Roslina Abdul Wahid

Abstract

Kertas ini membicarakan tentang strategi komunikasi (SK) yang digunakan dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing oleh pelajar Korea, iaitu jenis-jenis strategi komunikasi yang digunakan apabila pelajar menghadapi masalah dalam menyampaikan sesuatu mesej dalam bahasa Melayu. Kajian ini dilaksanakan di sebuah universiti yang mengajarkan bahasa Melayu sebagai bahasa asing di Korea, iaitu Hankuk Universiti of Foreign Studies ( HUFS ), sebuah universiti yang terletak di Seoul, Korea. Subjek kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar berbangsa Korea yang sedang belajar bahasa Melayu sebagai bahasa asing. Dalam mengkaji strategi komunikasi yang digunakan oleh pelajar, kajian ini hanya memberi tumpuan kepada aspek penghasilan ujaran melalui komunikasi lisan dan tulisan. Keseluruhan hasil dapatan kajian menunjukkan strategi komunikasi adalah satu cara yang sangat penting dalam proses komunikasi. Ternyata komunikasi akan menjadi lebih bermakna dan berkesan dengan menggunakan strategi komunikasi. Satu kesimpulan yang boleh dibuat ialah subjek telah menggunakan strategi komunikasi mereka secara aktif . Oleh itu, komunikasi dalam bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Korea dapat dipertingkatkan.


Kata kunci: pembelajaran bahasa, strategi komunikasi, bahasa asing


This paper explores learning the Malay language as a foreign language among students in Korea, namely the types of communication strategies that are used when students are facing problems in delivering message in Malay. This study was conducted at Hankuk University of Foreign Studies (HUFS), in Seoul, Korea. In reviewing the communication strategies used by students, this study only provides the speech production through oral and written communication. Overall results of the study demonstrate communications strategy is a very important aspect in the communication process. The study also found that communication will become more meaningful and memorable by using a communication strategy. The study concludes that the subjects have been using their communication strategies very actively. Thus, the communication among Korean students in Malay had been improved.


Keywords: language studies, communication strategies, foreign language

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Cho, M., & Abdul Wahid, P. R. (2013). PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ASING : STRATEGI KOMUNIKASI DALAM KALANGAN PELAJAR KOREA DI HUFS (HANKUK UNIVERSITY OF FOREIGN STUDIES): LEARNING MALAY AS FOREIGN LANGUAGE : COMMUNICATION STATEGIES AMONG KOREAN STUDENTS AT HUFS (HANKUK UNIVERSITY OF FOREIGN STUDIES). Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 24(1), 78–107. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9622
Section
Articles