TAHAP PENGUASAAN BAHASA MELA YU PELAJAR DI ISLAMIC SANT/THAM FOUNDATION SCHOOL (ISFS) (LEVEL OF MASTERING IN MALAY LANGUAGE OF STUDENTS IN ISLAMIC SANT/THAM FOUNDATION SCHOOL (/SFS)

Main Article Content

Ab. Razak Ab. Karim
Muhammad Saiful Haq Bin Hussin

Abstract

Tahap penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Thailand didapati amat lemah. Fenomena ini turut memberi kesan kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pendidikan Tinggi di Malaysia, termasuklah pelajar yang menuntut di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Tahap penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan mereka didapati tidak begitu memberangsangkan. Hal ini demikian kerana dasar bahasa dan dasar pendidikan yang diamalkan oleh kerajaan Thailand tidak memberi ruang kepada perkembangan bahasa Melayu. Penyelidikan yang dilakukan di Islamic Santitham Foundation School (ISFS) untuk mengesan tahap penguasaan bacaan dalam bahasa Melayu dalam kalangan pelajamya mendapati bahawa pencapaian mereka sangat lemah. Subjek kajian tidak mampu untuk menguasai tahap bahasa Melayu sejajar dengan usia dan kemahiran yang sepatutnya berasaskan tahap umur dan kandungan sukatan pelajaran yang sepatutnya dikuasai mereka. Permasalahan ini timbul kerana pendekatan, kaedah, dan teknik yang digunakan oleh guru-guru semasa mengajarkan bahasa Melayu didapati tidak sistematik. Guru dan pelajar juga menghadapi pelbagai kekangan yang menjadikan proses pengajaran dan pembelajarannya begitu bermasalah. Begitu juga halnya dengan penglibatan pihak lain yang sepatutnya didapati boleh membantu meringankan beban permasalahannya. Bagi menyelesaikan permasalahan m 1 maka sewajarnya semua pihak perlulah memainkan peranan yang proaktif ke arah penyelesainnya.


Kata kunci: Bahasa Melayu, Penguasaan pelajar, ISFS. 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Ab. Karim, A. R., & Bin Hussin, M. S. H. (2011). TAHAP PENGUASAAN BAHASA MELA YU PELAJAR DI ISLAMIC SANT/THAM FOUNDATION SCHOOL (ISFS): (LEVEL OF MASTERING IN MALAY LANGUAGE OF STUDENTS IN ISLAMIC SANT/THAM FOUNDATION SCHOOL (/SFS). Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 22(1), 18–44. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9645
Section
Articles