PEMBENTUKAN EMOSI KANAK-KANAK MELALUIBAHANBACAANSASTERA MOULDING CHILDREN'S EMOTION THROUGH LITERATURE READING MATERIALS

Main Article Content

Arba'ie Sujud
Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi

Abstract

Emosi adalah suatu yang wajar hadir dalam kehidupan setiap manusia kerana tanpa emosi hidup seseorang akan menjadi kosong dan membosankan. Perasaan gembira atau sedih, suka atau duka, marah atau sayang, berani atau takut dan pelbagai perasaan yang wujud dalam diri manusia akan mempengaruhi tindakan, presepsi dan aktiviti kehidupan hariannya. Hal ini bermakna kehidupan manusia sedikit banyak dipengaruhi oleh pembentukan emosi. Pelbagai cara boleh diimplementasikan oleh seseorang untuk merangsang pembentukan emosinya. Dalam hal ini akan wujud perbezaan antara golongan kanakkanak dengan orang dewasa berhubung pembentukan emosinya. Bagi kanak-kanak yang sebahagian besar dunianya di sekolah dan terdedah dengan pelbagai bahan bacaan, wajar untuk diteliti pengaruh bahan bacaan terhadap pembentukan emosi mereka. Justeru, tulisan ini akan membincangkan hasil kajian terhadap pembentukan emosi kanak-kanak melalui bahan bacaan sastera. Kajian dibuat terhadap pelajar berumur antara 7-12 tahun dijadikan sebagai sampel. Tiga puluh orang kanakkanak dari tiga buah sekolah rendah di setiap zon di Malaysia akan dipilih. Responden dipilih secara rawak dan akan ditemu bual. Kaedah pemerhatian juga turut digunakan untuk memperoleh data bagi mencapai objektif yang ditetapkan. Cerita kanak-kanak yang dipilih akan dianalisis menggunakan pendekatan psiko-stilistik dengan mengambil kira aspek bahasa dalam mempengaruhi pembentukan emosi kanak-kanak melalui bahan bacaan sastera yang dibaca.


Kata kunci: Kesusasteraan, Emosi, Kanak-kanak, Pembangunan psikologi, Bahan bacaan. 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Sujud, A., & Nik Muhamad Affendi, N. R. (2011). PEMBENTUKAN EMOSI KANAK-KANAK MELALUIBAHANBACAANSASTERA: MOULDING CHILDREN’S EMOTION THROUGH LITERATURE READING MATERIALS. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 22(1), 66–89. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9651
Section
Articles